• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CEP Terima Baik Cadangan Angkat Karya Seni Tempatan

oleh Ahmad Albab
19/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini menerima baik cadangan penggiat seni tempatan untuk membawa karya seni tempatan ke peringkat lebih tinggi terutamanya animasi Upin dan Ipin.

Pemilik dan pengarah Les Copaque Production, Burhanuddin Md. Radzi berkata beliau juga memaklumkan CEP antara yang boleh dilakukan adalah mewujudkan taman tema bertemakan karya animasi terkenal Upin dan Ipin di negara ini sebagai daya tarikan pelancong.

“Upin Ipin adalah harta intelek yang kuat. Ia boleh diadaptasikan bukan sahaja melalui kartun, tetapi juga mampu mencipta ruang bisnes yang lain,” katanya kepada wartawan selepas mengadakan pertemuan dengan CEP di Menara Ilham hari ini.

Tetapi yang menjadi halangan terbesar untuk membina taman tema berkenaan adalah kekangan dana.

Burhanuddin turut berkata dunia animasi perfileman sangat luas dan ia memerlukan sokongan kerajaan untuk memartabat karya seni tempatan terutamanya animasi.

Les Copaque Production sedang menjalankan kerjasama dengan negara China bagi membolehkan filem terbaru Upin Ipin yang diterbitkan tahun depan dapat disiarkan di negara berkenaan.

Beliau turut berkata siaran televisyen tempatan seharusnya turut menyokong usaha memperkasa karya tempatan.

“TV9 tidak membeli production Upin Ipin tahun ini kerana tiada dana diperuntukkan untuk tujuan berkenaan. Jadi kami telah hantar karya kami ke Indonesia. Produk kita mestilah seharusnya diberi keutamaan”. – BERNAMA

Tags: karya seniMajlis Penasihat Kerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Perlu Berhati-Hati Dedah Laporan CEP

04/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu berhati-hati dalam memutuskan sama ada laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) wajar didedahkan kepada umum atau...

Tun Daim Tidak Punya Kuasa Dedahkan Laporan CEP

31/03/2019
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin menjelaskan beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd