• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CEP Adakan Pertemuan Dengan Mufti, Tokoh Agama

oleh Ahmad Albab
29/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa mufti, tokoh agama serta pertubuhan berkaitan agama Islam bagi mendapatkan pandangan mereka berhubung isu-isu yang melibatkan aspek agama Islam di negara ini.

Antara yang hadir ialah Mufti Perlis, Prof. Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berkata beliau berkongsi beberapa pandangan dengan CEP berhubung pendekatan Islam yang lebih menyeluruh dan adil merangkumi semua pihak termasuk bukan Islam.

Ini katanya sesuai dengan aspirasi ‘Malaysia Baharu’ yang mementingkan keadilan.

“Mereka juga meminta pandangan tentang pelbagai isu antaranya berhubung fatwa dan isu hak penjagaan anak. Peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga ada dibincangkan,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu di Menara Ilham, di sini.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor yang turut hadir berkata beliau berkongsi pandangannya tentang mazhab.

Katanya beliau berpandangan negara perlu bersifat terbuka kepada mazhab selain Syafii dalam menyelesaikan isu-isu nasional.

“Kalau bab ibadat, nak sembahyang, puasa itu kita boleh pegang mazhab Syafii, tapi kalau kita nak pergi isu lebih jauh seperti muamalat, kewangan dan sosial, kita kena berani merentasi mazhab-mazhab lain,” katanya.

Turut kelihatan hadir Mufti Johor, Datuk M. Tharir Kiyai Samsudin serta penulis Mohd Faizal Musa atau nama penanya Faisal Tehrani dan Pertubuhan Ikram Malaysia. – BERNAMA

Tags: Majlis Penasihat KerajaanMufti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

24/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim tampil mempersoalkan sikap membisu golongan mufti dan ulama tempatan...

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd