• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cemburu Punya Pasal, Lelaki Bakar Teman Wanita

oleh Ahmad Albab
09/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA kerana cemburu, lelaki bertindak membakar teman wanitanya di rumahnya di Andalas, Klang, semalam.

Akibat perbuatan suspek, mangsa yang berusia 24 tahun melecur 60 peratus di bahagian badan sebelum dibawa ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia 52 tahun selepas melawat wanita berkenaan di hospital terbabit kira-kira 10 pagi, semalam.

“Mangsa memaklumkan dia bergaduh dengan teman lelakinya yang berusia 24 tahun ketika berada di rumah lelaki berkenaan di Andalas, di sini, sehingga dipukul dengan getah paip di bahagian badan.

“Suspek kemudian menyimbah petrol ke badan mangsa sebelum menyalakan api menyebabkan mangsa terbakar,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Shamsul Amar berkata, mangsa dan juga suspek yang bekerja sebagai mekanik dibawa ke hospital terbabit oleh bapa suspek untuk rawatan lanjut.

“Suspek cedera pada kedua-dua tangan akibat kejadian itu dan ditahan ketika menerima rawatan di hospital terbabit untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai bermotifkan cemburu.

“Berlaku perselisihan faham antara suspek dengan mangsa yang berpunca daripada cemburu hingga mengakibatkan mereka bergaduh.

“Pergaduhan antara pasangan yang sudah menjalinkan hubungan sejak setahun lalu itu menjadi serius apabila lelaki berkenaan gagal mengawal emosi dan bertindak memukul mangsa menggunakan getah paip serta menyimbah petrol lalu membakar mangsa,” katanya.

Beliau berkata, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh. – myMetro Online

Tags: bakarTeman Wanita
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

8 Tan Mercun Bernilai Hampir RM200 Ribu Dirampas

Next Post

Akan Hadirkah Musa Ke Persidangan DUN Sabah?

Related Posts

PKR Atur Gerak Kerja Hadapi PRU16

Buruh Cabul Teman Wanita Kena Penjara

21/04/2024
0

KUALA TERENGGANU: Seorang buruh dipenjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah mencabul kehormatan teman wanitanya. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. Keputusan...

Iran Tangguh Hantar Duta Ke Sweden Tanda Protes Insiden Bakar al-Quran

Iran Tangguh Hantar Duta Ke Sweden Tanda Protes Insiden Bakar al-Quran

02/07/2023
0

DUBAI: Iran menangguhkan untuk menghantar duta baharu mereka ke Sweden sebagai protes terhadap pembakaran al-Quran di luar sebuah masjid di...

Next Post

Akan Hadirkah Musa Ke Persidangan DUN Sabah?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd