GELENDZHIK – Celso Borges akan mengikut jejak langkah bapanya apabila turun beraksi bersama Costa Rica bertemu Brazil, esok sekali gus meneruskan legasi keluarganya bertemu juara dunia lima kali itu pada kejohanan terulung berkenaan.
Bapa Borges, Alexandre Guimares, membesar di Brazil sehinggalah dia berpindah ke Costa Rica bersama bapanya ketika zaman kanak-kanak.
Kini pada usia 28 tahun, iaitu selepas bapanya turun beraksi bertemu Brazil pada edisi 1990 di Itali, giliran Borges pula akan turun menentang barisan Selecao.

“Tak dapat nafikan terdapat hubungan antara antara saya dengan Brazil. Ia mungkin tidak sekuat hubungan seperti bapa saya tetapi kami masih lagi mempunyai hubungan kekeluargaan di Brazil.
“Saya 100 peratus warga Costa Rica dan sentiasa mengutamakan negara saya. Tapi saya juga tak dapat nafikan hubungan kekeluargaan dengan Brazil,” katanya.
Tambahnya: “Bapa saya juga memilih Costa Rica. Dia meninggalkan Brazil pada usia 12 tahun tetapi dia juga mempunyai hubungan rapat dengan Brazil.
“Apabila anda beraksi bertemu Brazil, anda akan merasai perasaan yang sangat istimewa.
“Brazil adalah negara yang paling banyak memenangi Piala Dunia, jadi pastinya perasaan itu berbeza,” katanya. – Reuters