• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bursa Malaysia Susut Selepas Dibuka Tinggi

oleh Ahmad Albab
05/06/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini namun kembali susut selepas pengambilan untung sederhana memandangkan pelabur mengkaji perkembangan hujung minggu rundingan Amerika Syarikat dan China, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.12 mata kepada​​​​​​​ 1,756.26 daripada 1,756.38 sewaktu ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Indeks itu dibuka 5.23 mata lebih tinggi kepada 1,761.61.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 146 berbanding 96, manakala 144 kaunter tidak berubah, 1,515 kaunter tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 107.64 juta unit bernilai RM69.39 juta.

Peniaga berkata rundingan perdagangan AS-China yang berakhir tanpa sebarang pengumuman mengenai hasil keputusan telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur.

Pegawai kerajaan China enggan memberikan komitmen bagi membeli lebih banyak barangan AS tanpa perjanjian pentadbiran oleh Presiden Donald Trump untuk tidak mengenakan tarif seterusnya ke atas eksport China.

“Sekiranya AS memperkenalkan langkah perdagangan, termasuk kenaikan tarif, semua​​​​​​​ keputusan ekonomi dan perdagangan yang dirundingkan oleh kedua-dua pihak tidak akan berkuat kuasa,” katanya peniaga.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank turun dua sen kepada RM10.02, TNB kurang empat sen kepada RM14.46, Public Bank naik enam sen kepada RM24.06, Petronas Chemicals meningkat tujuh sen kepada RM8.20 dan CIMB Group menokok empat sen kepada RM6.14.

Saham aktif, MyEG merosot 16 sen kepada 70 sen, Ewein naik 3.5 sen kepada 74.5 sen, Berjaya​​​​​​Corporation bertambah setengah sen kepada 30 sen dan Sapura Energy turun satu sen kepada 57.5 sen.

Indeks FBM Emas turun 2.01 mata kepada 12,233.89, Indeks FBMT 100 susut 3.92 mata kepada​​​​​​​ 12,050.04 dan Indeks FBM Emas Syariah kurang 5.10 mata kepada 12,215.11.

FBM 70 turun 15.52 mata kepada 14,426.64 dan FBM menguncup 4.20 mata kepada 5,045.35.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 26.39 mata kepada 17,643.42, Indeks Perladangan​​​​​​​ merosot 34.47 mata kepada 7,665.79 dan Indeks Perusahaan turun 8.87 mata kepada​​​​​​​ 3,155.95. – BERNAMA

Tags: bursa malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

15/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Bursa Malaysia Bhd akan melancarkan Pasaran Karbon Sukarela (VCM) pada akhir tahun ini yang akan membolehkan syarikat...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd