• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BookXcess Buka Kedai Buku 24 Jam Pertama Di Malaysia

oleh
02/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – BookXcess, pemilik rangkaian kedai buku serta penganjur pesta buku Big Bad Wolf (BBW), mencipta sejarah apabila membuka kedai buku pertama yang beroperasi 24 jam.

Premis meliputi kawasan seluas 37,000 kaki persegi dan terletak di Tamarind Square, cawangan baru BookXcess itu turut menawarkan lebih 500,000 naskhah buku dengan harga antara 50 hingga 80 peratus lebih murah.

Ia meliputi pelbagai topik termasuk fiksyen, seni dan rekaan serta buku kanak-kanak dalam pelbagai bahasa.

Ketua Pegawai Produk BookXcess, Yujeen Chua berkata kedai yang dibuka sejak 29 Mei, diharapkan dapat menarik pelbagai lapisan masyarakat terutama pelajar universiti di sekitar Cyberjaya, Putrajaya dan kawasan berdekatan.

“Selain itu, lokasinya dikelilingi keindahan landskap menjadi pilihan kerana lebih selesa, jauh daripada kesibukan bandar dan boleh memberi sumber inspirasi buat pembaca,” katanya semasa pelancaran kedai buku itu.

Beliau juga yakin walaupun kedai itu jauh dari Lembah Klang, ia dapat menarik pelanggan kerana harga buku lebih murah daripada pasaran akan menjadi faktor penarik pencinta buku untuk mengunjunginya.

Malahan bukan sahaja dari Lembah Klang tetapi juga penduduk di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Yujeen selanjutnya berkata BookXcess Tamarind Square juga mempunyai tarikan berbeza.

Ini kerana pusat beli-belah itu mempunyai landskap menarik untuk dijadikan sudut fotografi. Tambahan lagi, kedai buku itu menyediakan ruang umum untuk pelanggan membuat kerja atau membaca, serta WiFi percuma.

Turut disediakan ialah kafe dan ruangan untuk mengadakan aktiviti seperti kelas seni dan kraf serta pertandingan mewarna. BookXcess yang mula dibuka di Amcorp Mall pada tahun 2006.

Ia kini sudah membuka tujuh cawangan, antaranya di pusat beli-belah seperti Starling Mall di Damansara, Fahrenheit 88 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan 1Utama di Petaling Jaya. – BERNAMA/HAA

Tags: bukukedai buku
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suri Rumah Rugi RM38,000 Ditipu Kenalan Siber

Next Post

FAMA Anjur Jualan Jimat Belanja Aidilfitri

Related Posts

Buku Tulisan Nana Menang Buku Umum Terbaik

02/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Buku autobiografi tulisan penyanyi, Siti Nordiana Alias yang bertajuk Lifes Goes On telah dinobatkan sebagai Buku Umum...

Haflin Lancar Buku Sulung, Pertama Kali Kongsi Gambar Anak

10/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Isteri bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz iaitu Datin Seri Haflin Nazri Aziz...

Next Post

FAMA Anjur Jualan Jimat Belanja Aidilfitri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd