• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bonus RM1,000 Untuk Penjawat Awam P.Pinang

oleh Ahmad Albab
05/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sempena Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada sejumlah 3,600 penjawat awam negeri.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata pembayaran bonus itu akan dibuat pada Rabu depan bagi meringankan beban penjawat awam untuk membuat persiapan bagi menyambut lebaran yang bakal diraikan minggu depan.

“Pemberian bonus ini akan melibatkan sejumlah RM3.6 juta dan semoga bantuan khas ini dapat membantu dalam persiapan perayaan kali ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam di sini hari ini.

Antara yang turut hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Law Choo Kiang; Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman; Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus dan semua barisan exco kerajaan negeri.

Beliau turut berterima kasih kepada semua penjawat awam negeri atas kerjasasama dan kepercayaan yang diberikan kepada barisan kepimpinan kerajaan negeri yang baharu.

“Saya dan barisan kepimpinan kerajaan negeri turut mengharapkan jalinan kerjasama yang serupa malahan lebih baik lagi dapat diberikan oleh para penjawat awam negeri demi memastikan kita terus menjadi sebuah negeri yang terbaik dari segi pembangunan dan infrastruktur namun masih selesa dan selamat untuk didiami,” katanya.

Sementara itu ditanya mengenai pemansuhan tol Jambatan Pulau Pinang, Chow berkata pemansuhan tol adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata kerajaan Pulau Pinang sedang dalam usaha untuk menunaikan janji dalam Manifesto Pilihan Raya Umum Pakatan Harapan Pulau Pinang. – BERNAMA

Tags: BonusPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

Pengarah Jabatan Disyaki Salah Guna Kuasa Ditahan SPRM

Pengarah Jabatan Disyaki Salah Guna Kuasa Ditahan SPRM

26/08/2025
0

GEORGE TOWN- Seorang pengarah jabatan kerajaan di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kerana disyaki menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd