• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Betty Hampir Buta Akibat Tertusuk Mainan Anak

oleh
23/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON kacukan Melayu-Arab, Betty Banafe berdepan detik cemas apabila hampir sahaja kehilangan penglihatan gara-gara mata sebelah kiri tertusuk alat mainan milik anaknya.

Menerusi entri terbaharu, aktres yang popular menerusi drama bersiri berjudul Spa Q itu, dia dilihat telah memuat naik beberapa keping gambar bersama keterangan:

“Anakku tertusuk mataku dengan mainan legonya. Pengorbanan seorang ibu pada anaknya yang aktif masyaAllah hingga melukakan mata hitamnya. Semoga kita para ibu diberi kesabaran yang tertinggi. Amin,” tulis Betty.

Pada masa sama, Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe turut berkongsi keadaan matanya yang tercedera selepas mendapatkan rawatan dalam entri berkenaan.

Dalam pada itu, pelakon wanita berusia 39 tahun itu berkata dia bersyukur kerana masih diberi peluang untuk melihat dan berharap sesiapa yang gembira melihat penderitaan orang lain untuk segera bersihkan hati.

“Bersyukur kita masih boleh nampak. Alhamdulillah. Bayangkan mereka yang kekal buta. Tabik pengorbangan mereka dan orang sekeliling mereka.

“Kuatnya semangat mereka untuk hidup dan terus hidup kerana Allah. Bagi mereka yang tersenyum melihat orang lagi menderita, bersihkanlah hatimu.

“Kerana waktu kita akan datang dengan cubaan yang sama atau yang lainnya. Doakan yang baik-baik buat kami sekeluarga. Terima kasih yang mulia hatinya,” ujarnya.

Rata-rata netizen yang melihat posting berkenaan telah meninggalkan komen yang positif kepada pelakon wanita berkenaan selain mendoakan supaya Betty cepat sembuh.

Betty dan suaminya, Bruce Darghous mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012. Pasangan ini dikurniakan anak perempuan bernama Julia, 5 dan anak lelaki, Bruce Dean Dargus yang kini berusia tiga tahun. – MYNEWSHUB.CC

Tags: betty banafe
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Emas Diramal Diniaga Lebih TInggi Minggu Depan

Next Post

Beri Wanita Jawatan Kabinet Untuk Bangunkan Negara

Related Posts

Betty Banafe Selamat Timang Anak Kedua

19/12/2015
0

TAHNIAH kepada pelakon Betty Banafe yang baru sahaja selamat melahirkan anak keduanya seberat 3.3kg pada pukul 3 pagi semalam di...

Next Post

Beri Wanita Jawatan Kabinet Untuk Bangunkan Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd