• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bernas Tidak Ditutup, Cuma Monopoli Dikurangkan

oleh Ahmad Albab
09/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Salahuddin Ayub berkata kerajaan tidak bercadang untuk menutup Padiberas Nasional Bhd (Bernas) walaupun monopoli syarikat itu terhadap pengeluaran beras dikurangkan.

Beliau berkata kerajaan hanya berhasrat mengurangkan monopoli syarikat itu terhadap pengeluaran beras dengan turut memberikan lesen yang sama kepada beberapa syarikat lain.

“Kita bukan nak hapuskan Bernas cuma setelah masa berlalu, kita lihat ada beberapa masalah dan keperluan untuk pecahkan monopoli (Bernas terhadap pengeluaran beras).

“Dan untuk pecahkan monooli ini juga perlukan kawalan sebab ini berkaitan dengan keselamatan makanan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog bersama pesawah di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Nilam Puri di sini, hari ini.

Salahuddin berkata ada beberapa entiti lain akan terlibat dalam pemecahan monopoli itu namun pihaknya masih belum memuktamadkan agensi mana yang akan terlibat setakat ini.

Katanya beliau akan membawa kertas cadangan berkaitan perkara itu kepada kabinet setelah ia selesai dibincangkan di peringkat kementerian.

Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan Salahuddin sebagai berkata monopoli Bernas sebagai pengeluar beras negara akan dihentikan.

Ditanya mengenai pengenalan dasar dan polisi baharu bagi kementerian berkenaan, Salahuddin berkata beliau masih melakukan lawatan dan mendengar taklimat daripada agensi-agensi di bawah MOA.

“Saya belum habis mendengar taklimat daripada agensi-agensi di bawah MOA. Lepas dengar semua taklimat nanti kita akan buat kesimpulan sekiranya ada isu-isu besar membabitkan polisi atau dasar baharu,” katanya. – BERNAMA

Tags: BERNAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pesawah Terima Bayaran RM10 Juta Dari Bernas Mulai Januari’

‘Pesawah Terima Bayaran RM10 Juta Dari Bernas Mulai Januari’

31/12/2022
2

Bantuan khas RM10 juta perkongsian untung Padiberas Nasional Bhd (Bernas) kepada pesawah akan dibayar secara berperingkat pada Januari ini, kata...

Kerajaan Kaji Buka 30% Monopoli Bernas

17/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji antara lain untuk membuka monopoli Padiberas Nasional Bhd (Bernas) sebanyak 30 peratus pada tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd