• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Menteri Besar Pahang Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
20/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, 79, meninggal dunia di kediamannya di Kubang Buaya di sini pada jam 12.20 tengah hari ini.

Anak sulungnya, Shamsol Rahman, 48, berkata arwah sudah hampir sebulan terlantar akibat komplikasi penyakit buah pinggang yang dialaminya sejak belasan tahun lalu.

“Ayah pernah melakukan pemindahan buah pinggang di Guangzhou, China 15 tahun lalu. Beliau kembali sihat selepas menjalani pembedahan itu, sebelum kembali menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, sejak awal April lalu.

“Bagaimanapun, ayah dibenarkan keluar pada pertengahan Mei lalu dan menerima rawatan susulan di rumah,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di rumahnya di sini.

Shamsol berkata jenazah ayahnya akan disempurnakan dan disembahyangkan di rumah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan untuk dikebumikan selepas solat Asar.

Arwah yang mempunyai tujuh orang anak dan 11 cucu akan dikebumikan besebelahan kubur isterinya, Puan Sri Shamsiah Razali yang meninggal dunia kira-kira tiga tahun lalu akibat kanser.

Abdul Rashid merupakan Menteri Besar Pahang semasa berusia 43 tahun bermula 7 November 1981 hingga 4 Mei 1982 sebelum memberi laluan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjawat jawatan itu.

Sementara itu, menantu arwah, Hasbullah Omar, 40, berkata arwah tidak menunjukkan reaksi semasa dikejutkan pada jam 11.50 pagi, menyebabkan mereka menghubungi pihak hospital.

Hasbullah, yang berkahwin dengan anak kelima arwah, Rashidatul Akmar, juga menyifatkan arwah sebagai seorang bapa yang sangat mengambil berat akan kebajikan keluarga dan mereka yang datang meminta pertolongan.

“Arwah juga senang mesra dan rajin menegur orang… walaupun mempunyai gelaran Tan Sri, beliau tidak gemar meletakkan batasan dalam bergaul dengan orang ramai,” katanya.

Arwah mula aktif dalam UMNO sejak tahun 1957 sebelum menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Besar pada tahun 1974 dan pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Pahang pada tahun 2011.

Sementara itu, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut berkenan menziarahi jenazah di rumahnya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: MB Pahangmeninggal dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

21/03/2026
0

HOLLYWOOD, 21 Mac 2026 – Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian legenda seni mempertahankan diri dan pelakon terkenal, Chuck...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd