• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baru Bian Terkejut Pejabat Kesihatan Lawas Dirantai

oleh Ahmad Albab
05/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Anggota Parlimen Selangau, Baru Bian terkejut dan kecewa selepas diberitahu Pejabat Kesihatan Lawas telah dikunci dengan rantai oleh tuan tanah kerana mempunyai tunggakan bayaran sewa selama 30 bulan.

Baru, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Ba’kelalan berkata ia memberi gambaran seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan dalam urusan membabitkan sewa premis sementara Hospital Daerah Lawas itu.

Beliau berkata tunggakan sewa 30 bulan adalah terlalu lama dan beliau hairan bagaimana tuan tanah boleh bersabar begitu lama.

“Alasan pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Lawas kononnya ia berpunca daripada ‘kesilapan dalam dokumen perjanjian’ tidak boleh diterima akal kerana kalaupun ada kesilapan, ia tidak sepatutnya dibiar berlanjutan hampir tiga tahun,” kata Baru yang juga Pengerusi PKR Sarawak.

Baru bagaimanapun berkata beliau gembira apabila Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr. Jamilah Hashim mengambil tindakan segera memberi penjelasan berhubung masalah bayaran sewa tertunggak itu.

Menurut Baru, pelbagai masalah telah melanda projek pembinaan hospital baharu di Lawas itu yang diumumkan pada 2011 dengan peruntukan RM121 juta. Pembinaannya yang sepatutnya siap dalam tempoh tiga tahun kini tertangguh.

Ramai berpendapat kelemahan dalam pengurusan sumber kewangan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu adalah antara punca masalah itu.

“Kita pernah dengar ada hospital kerajaan tidak mampu membeli ubat-ubatan kerana tidak mempunyai dana yang cukup, justeru, kita tidak terperanjat sekiranya hospital tidak mempunyai wang untuk membayar sewa.

“Saya diberitahu dalam DUN (Dewan Undangan Negeri) pada 2013 bahawa sewa untuk empat lot rumah kedai bagi penempatan sementara hospital tersebut ialah sebanyak RM23,000 sebulan.”

Katanya adalah lebih baik jika pegawai kesihatan di situ dapat memberi jaminan kepada masyarakat bahawa hospital itu tidak mempunyai bayaran sewa tertunggak dan pembayaran sewa sentiasa dilunasi.

“Selama ini, penduduk dinafikan kemudahan kesihatan yang baik kerana mereka tiada pilihan lain kerana hospital lain yang paling hampir ialah di Miri dan Kota Kinabalu yang juga sangat jauh,” kata beliau.

“Oleh itu, tindakan kerajaan terdahulu adalah sangat tidak bertanggungjawab kerana membiarkan masalah penduduk itu berlarutan terlalu lama,” tambah beliau.

Justeru, kerajaan baharu memikul tugas besar untuk menyelesaikan segala masalah yang telah ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu itu.

Baru berkata beliau akan berusaha keras membawa perkara itu ke pengetahuan Menteri Kesihatan selepas mendapat butiran dan penjelasan lanjut mengenai masalah itu. – BERNAMA

Tags: Baru BianJabatan Kesihatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mpox: Jabatan Kesihatan Kelantan Akan Pantau Individu Pulang Dari Negara Berisiko

Mpox: Jabatan Kesihatan Kelantan Akan Pantau Individu Pulang Dari Negara Berisiko

18/09/2024
0

Kota Bharu : Jabatan Kesihatan Kelantan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen bagi mengenal pasti mana-mana penduduk di negeri itu yang pulang...

LPB Jimat RM2.865 Bilion, Kos Muktamad Selepas Penilaian

20/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Anggaran penjimatan bagi projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sarawak berdasarkan perbezaan keseluruhan kos pembangunan di antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd