• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bahana Drama Nur, Sup Bunjut Jadi ‘Buah Mulut’!

oleh
10/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECOH betul pasal sup bunjut sejak kebelakangan ini. Mana tidaknya, sejak semalam topik ini menjadi bualan hangat malah trending di semua rangkaian sosial media khususnya Twitter.

Difahamkan, ia menjadi bualan para netizen ekoran satu adegan di dalam drama berjudul Nur yang kini sedang hangat ditayangkan di stesen TV3 menerusi slot Samarinda.

Menerusi babak tersebut, ia menyaksikan Aishah lakonan Noorkhiriah mendakwa Nur yang dijayakan Amyra Rosli sudah menyihir ahli keluarganya dan memasukkan ‘sesuatu’ di dalam makanan.

Demi membuktikan hal tersebut, Aishah kemudiannya sanggup mencelup sup yang masih panas untuk mencari ‘barang’ tersebut dan menunjukkan kepada ahli keluarganya.

Bagaimanapun, keadaan tegang itu berubah menjadi satu momen yang mencuit hati apabila ‘barang’ yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sup bunjut.

Aku tak boleh move on dengan scene Sup Bunjut semalam 🤣

“Apa jut mak?” pic.twitter.com/as25BTG0Ks

— Nasir Pasir (@NasirPasir) June 8, 2018

Ternyata insiden itu telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang mana rata-rata cukup terhibur dan pecah perut menonton babak berkenaan.

Malah, bahan tersebut juga diketahui ramai untuk menyedapkan masakan dan rupanya memang seakan-akan ‘barang’ yang digunakan dalam ilmu sihir.

Dalam pada itu, adegan tersebut bukan sahaja menarik perhatian netizen tempatan malah jenama terkenal iaitu Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. turut bergurau dengan mengatakan produk mereka bebas sihir.

“Admin mewakili Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. memberi jaminan bahawa produk Sup Bunjut kami adalah “bebas-sihir” #supbunjutadabi #teamsupbunjut #Nur #adabi,” usiknya.

Nur merupakan naskhah arahan pengarah popular, Shahrulezad Mohameddin yang mana mula ditayangkan sejak 14 Mei lalu dan mendapat sambutan luar biasa daripada penonton sehingga mencecah 9 juta tontonan.

Drama terbitan Radius One Sdn. Bhd. itu menampilkan menampilkan barisan pelakon berbakat Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Amyra RosliNOORKHIRIAHsup bunjut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Haqiem Akui Terkilan, Mohon Netizen Henti Kecam

Next Post

Mahathir Adakan Lawatan Kerja Ke Jepun 10-12 Jun

Related Posts

Amyra Tak Tolak Rezeki Hamil Lagi

26/02/2019
0

KUALA LUMPUR: Lebih setahun melahirkan anak sulung, pelakon Amyra Rosli mengakui, sudah bersedia sekiranya diberikan rezeki untuk hamil semula. Amyra...

“Anugerah Buat Batu Nisan Pun Tak Laku” – Noorkhiriah Faham Perasaan Jalil

12/10/2018
0

KELUHAN pelakon Jalil Hamid mengenai bayaran RM1,500 untuk watak utama yang ditawarkan pihak produksi kepadanya mendapat perhatian selebriti tempatan. Pelakon...

Next Post

Mahathir Adakan Lawatan Kerja Ke Jepun 10-12 Jun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd