• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aset UMNO Untuk Terus Gerakkan Parti – Ku Li

oleh Ahmad Albab
25/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – UMNO memiliki aset dan harta di seluruh negara, yang nilainya berjumlah berbilion ringgit dan ia sepatutnya boleh dimanfaatkan bagi terus menggerakkan parti.

Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah berkata, sehubungan itu ia (aset dan harta) perlu dikumpulkan dan dilihat semula bagaimana ia dapat dilaburkan bagi menjana hasil yang lebih baik.

“UMNO mempunyai banyak aset bukan sahaja di ibu pejabat tetapi di seluruh negara termasuk saham dan harta lain. Ia lebih banyak di Kuala Lumpur bukan sahaja ibu pejabat UMNO tetapi tanah yang kita beli di rancangan perumahan dan lain-lain. Saya tahu ini jelas sekali, tiap bahagian ada pejabatnya dan terletak di kawasan strategik yang nilainya sudah tentu meningkat dari tahun ke tahun.

“Semasa saya bendahari UMNO dahulu, banyak tanah di Bangsar dimiliki UMNO dan tiap-tiap satu kaki persegi di Bangsar hari ini harganya tidak kurang RM1,000. Saya rasa kalau setiap satu bangunan harganya RM50 juta, bayangkan kalau di seluruh negara.

“Tinggal lagi bagaimana ia dapat diurus dengan baik dan bagaimana ia dapat dilabur semula dalam pelaburan yang boleh memberi pulangan baik kepada parti, jika ia dapat dilakukan (kumpul semua maklumat), insyaallah kita ada peluang buat duit lebih dari apa yang kita jangkakan,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Ramah Mesra bersama calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai keputusan UMNO untuk menamatkan penyaluran peruntukan bulanan ke semua bahagiannya termasuk sayap di seluruh negara.

Bagaimanapun kebanyakan aset UMNO didaftarkan atas nama pemegang amanah yang memegang jawatan tinggi yang dilantik parti.

“Banyak harta ini didaftarkan atas nama pemegang amanah yang dilantik parti, apabila individu itu bertukar atas pemilihan atau perlantikan baharu dan sebagainya, kadangkala tidak ditukar nama Trusty dan ia kekal di atas nama orang yang lama,” katanya.

Ditanya sekiranya terdapat penyelewengan dalam pengurusan aset UMNO, Tengku Razaleigh berkata beliau tidak tahu namun menambah sekiranya bermain dengan duit dan harta, adik beradik sendiri juga boleh tersalah kira.

Dalam perkembangan sama, Tengku Razaleigh berkata sehingga kini UMNO masih belum mengadakan ‘post-mortem’ selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Setahu saya ia belum dilakukan. Sepatutnya parti kita selepas PRU, perlu adakan post mortem supaya dapat tahu apa kelemahan dan kesilapan,” katanya.

Beliau turut meminta agar UMNO membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat di atas isu-isu yang telah mendorong kepada kekalahan UMNO pada PRU14 yang lepas. – BERNAMA

Tags: Tengku Razaleigh Hamzah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JPJ Rekod 2,655 Kesalahan Sepanjang Op HRA

Next Post

Kelantan Rombak Benteng Pertahanan Bertemu Perak

Related Posts

Ku Li Letak Jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO

22/09/2021
0

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO berkuat kuasa Isnin...

“Berdoalah Agar Gaji Mereka Dibayar Separuh Dari Kabinet Mahiaddin”

30/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Ketika pengumuman kabinet baru oleh Ismail Sabri Yaakob hari ini terus berdepan dengan kesangsian sesetengah pihak, seorang...

Next Post

Kelantan Rombak Benteng Pertahanan Bertemu Perak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd