• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Sah Tak Ambil Alih Kerusi Parlimen Pandan

oleh Ahmad Albab
07/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal spekulasi bahawa beliau akan mengambil alih kerusi Parlimen Pandan yang disandang isterinya, yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) dan PKR itu berkata buat ketika ini, adalah tidak praktikal untuk beliau berbuat demikian memandangkan Wan Azizah yang baru memegang jawatan kedua tertinggi dalam pentadbiran kerajaan itu perlu berundur diri lebih awal sekiranya bagi memberi laluan kepadanya.

Tambahan, beliau berkata selepas dibebaskan dari penjara baru-baru ini, beliau lebih selesa untuk menjadi sebagai ’backbencher’ (penyokong kerajaan).

“Bebas. Saya nak pergi round dulu, saya ada komitmen, mengajar dan kuliah, banyak di beberapa universiti, dalam dan luar negara.

“Malah, saya pun belum ada pengalaman menjadi ahli Parlimen biasa. Sebelum ini, saya pernah memegang beberapa jawatan menteri dan pemimpin pembangkang jadi sekarang saya mahu jadi ‘backbencher’,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada wakil rakyat PKR di sini, hari ini.

Pada majlis itu seramai 48 daripada 50 anggota Parlimen PKR dan 51 daripada 67 Anggota Dewan Undang Negeri (ADUN) PKR hadir.

Ini merupakan pertemuan rasmi pertama Anwar bersama semua wakil rakyat selepas pembebasan beliau dan mendapat perkenan pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Banyak spekulasi terutama di sosial media yang mendakwa bahawa Dr. Wan Azizah akan mengundurkan diri sebagai anggota Parlimen Pandan bagi membolehkan Pilihan Raya Kecil diadakan bagi memberi ruang kepada Anwar untuk bertanding.

Mengulas lanjut, Anwar turut mengesahkan tidak akan bertanding sebagai anggota Parlimen sepanjang tempoh sebelum bermulanya sesi mesyuarat pertama Dewan Rakyat 16 Julai ini.

“Saya ada program ke London dan Turki dan selepas itu saya akan balik, mengeliling ke negeri-negeri yang belum saya kunjungi.

“Selepas selesai program di negara Arab dan Amerika Syarikat (AS), selepas itu kita akan bincang semula yang akan mengambil masa lebih dua bulan, keputusan untuk bertanding di kerusi mana,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan bekas pengarang The New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin, yang mempertikaikan hak dan keistimewaan Yang di-Pertuan Agong, Anwar berkata adalah tidak wajar untuk seseorang menggunakan hak dan kebebasannya bersuara untuk menyerang institusi Raja-Raja Melayu dengan fakta-fakta yang boleh dipertikaikan.

“Saya tidak menafikan hak seseorang menulis dan berbicara tetapi untuk menyerang dan menghina raja-raja dengan fakta dipertikai dan maksud untuk menimbulkan permasalahan dalam negara kurang wajar,” katanya.

Sebelum ini Kadir berkata, purata RM16 juta sebulan dibelanjakan antaranya untuk penginapan, kediaman, barangan peribadi, pesawat, pengangkutan, pakaian Agong, hadiah dan cenderamata, kunjungan luar negara serta gaji kakitangan istana. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Disaran Buka Keanggotaan Kaum Lain

Next Post

Bernas Tidak Ditutup, Cuma Monopoli Dikurangkan

Related Posts

Anwar Tukar Peguam Kes Saman Seksual Yusoff Rawther

Anwar Tukar Peguam Kes Saman Seksual Yusoff Rawther

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menukar peguam yang mewakilinya dalam kes saman sivil difailkan oleh Muhammed Yusoff Rawther...

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

23/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syor memansuhkan kuasa Presiden PKR membenarkan ahli baharu bertanding pilihan raya dan pemilihan...

Next Post

Bernas Tidak Ditutup, Cuma Monopoli Dikurangkan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd