• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktiviti Cegah Wabak Denggi Perlu Dilakukan

oleh Ahmad Albab
12/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Masyarakat dinasihatkan supaya melakukan aktiviti pencegahan wabak denggi sempena menjelang sambutan Aidilfitri beberapa hari lagi, bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak tersebut.

Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL&P), Dr Zainudin Abdul Wahab berkata ia berikutan peningkatan kes demam denggi yang didaftarkan dalam tempoh 3 hingga 9 Jun.

“Sejumlah 188 kes demam denggi didaftarkan dalam tempoh berkenaan, meningkat 46 kes (32.3 peratus) berbanding 142 kes pada minggu sebelumnya. Sehingga kini terdapat tiga kes kematian dilaporkan sepanjang tahun ini,” katanya dalam kenyataan.

Katanya Titiwangsa antara kawasan yang mencatatkan jumlah kes demam denggi yang tertinggi tahun ini dengan 618 kes, diikuti Cheras dengan 568 kes, Kepong (503 kes), Lembah Pantai (420 kes) dan Putrajaya (89 kes).

“Sehubungan itu, sempena musim perayaan yang bakal disambut beberapa hari lagi, saya menasihatkan masyarakat untuk melakukan aktiviti pencegahan sebelum, semasa dan selepas perayaan,” katanya.

Antara aktiviti pencegahan yang boleh dilakukan adalah memastikan tiada bekas atau tempat-tempat yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk Aedes di kediaman masing-masing sebelum pulang ke kampung, elak diri daripada menziarah kawasan wabak atau hotspot denggi ketika beraya, dan mendapatkan rawatan di klinik berdekatan sekiranya demam. – BERNAMA

Tags: AidilfitriKes Denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

26/03/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan MADANI hari ini mengumumkan pemberian rebat RAHMAH tambahan kuota data minimum 5GB (gigabit) kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd