• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Kereta Api Termewah Dunia Pasti Anda Nak Naik

oleh
17/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IMEJ kereta api tidak lagi sekadar menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang menghubungkan perjalanan dari satu destinasi ke destinasi lain.

Bahkan pembinaan kereta api yang selari dengan perkembangan sains dan teknologi membawa kepada inovasi reka cipta sehingga mampu menyediakan perkhidmatan yang cukup selesa buat penumpangnya.

Menurut portal Tribun News, terdapat sembilan kereta api yang termewah pastinya membuat anda terpukau dan rasa seolah-olah mahu menaikinya.

1. The Blue Train

Kereta api yang terletak di Afrika Selatan ini telah menghubungkan perjalanan dari Cape Town ke ibu negara, Pretoria sejauh 1,600 kilometer.

Perkhidmatan yang cukup mewah ala hotel lima bintang terhadap penumpang-penumpang yang kebiasaanya dinaiki oleh raja-raja dan pentadbir negara.

Para penumpang disediakan perkhimatan pelayan khas, bilik rehat yang cukup santai, tab mandi dan ruang kalis bunyi.

2. Orient Express

Orient Express adalah perkhidmatan kereta penumpang jarak jauh yang diwujudkan pada tahun 1883 oleh Compagnie Internationale des Wagons-Lits (CIWL).

Uniknya, kereta api ini dibina menghubungkan dua ibu negara iaitu Istanbul, Turki dengan Paris, Perancis merentasi beberapa negara lain dengan laluan yang sering berubah-ubah mengikut peredaran masa.

Kereta api klasik ini dibina dengan cukup mewah dengan pelbagai perkhidmatan disediakan bagi keselesaan para penumpang dalam satu perjalanan yang panjang.

3. Rovos Rails Express

Rovos Rail adalah perusahaan kereta api swasta yang beroperasi di Capital Park Station di Pretoria, Afrika Selatan.

Kereta api mewah ini melalui perjalanan hampir separuh benua Afrika dengan perjalanan menghubungkan dari Pretoria, Afrika Selatan hingga ke Namibia dan Tanzania.

Selain dapat menikmati keindahan alam dan taman haiwan, ia menyediakan ruang bilik yang pelbagai dengan tandas dan tab mandi setiap bilik.  Malah, tempat dan hidangan makanan juga seperti restoran cukup mewah.

4. The Eastern & Oriental Express

Tidak terlepas juga, terdapat kereta api mewah di negara kita yang menghubungkan laluan dari Singapura, Malaysia hingga ke Thailand.

Kereta api ini dikendalikan oleh Belmond Ltd. dengan perjalanan beberapa kali sebulan sepanjang tahun.

Selain ruang kereta api yang selesa buat para penumpang, kereta api ini turut menyediakan perpustakaan, kedai cendramata, tempat makan yang selesa dan piano.

5. The Royal Scotsman

Belmond Royal Scotsman adalah kereta mewah di Scotland yang bermula pada tahun 1985 menghubungkan beberapa wilayah lain di Britain.

Menariknya, kereta api ini menyediakan spa kepada penumpangnya selain menyediakan perkhidmatan asas kereta api buat keselesaan para penumpangnya.

6. The Imperial Russia

Kereta api yang menghubungkan negara Rusia dengan China antara yang termewah dinaiki oleh penumpang yang berada dan ahli politik.

The Imperial Russia hanya beroperasi beberapa kali dalam setahun dengan perjalanan yang telah ditetapkan.

Kereta api ini dihiasi dengan lampu mahal yang cukup cantik, karpet merah dan tempat duduk yang cukup istimewa bak seorang raja dan permaisuri.

7. The Golden Chariot

Golden Chariot adalah kereta api mewah menghubungkan tempat-tempat pelancongan penting di India seperti di wilayah Karnataka, Goa, Kerala, Tamil Nadu dan Pondicherry, bergantung pada jadual perjalanan yang dipilih.

Setiap gerabak kereta api ini bewarna ungu serta mempunyai ukiran seni India yang menjadi tarikan buat para pelancong.

Malah, di dalam kereta api ini disediakan ruang makan yang selesa, gimnasium dan tempat rehat untuk para penumpang.

8. The Maharaja Express

The Maharaja Express menghubungkan perjalanan lebih 12 destinasi di kawasan Timur Laut dan Tengah India yang berpusat di Rajashtan.

Kereta api termahal di Asia ini mempunyai reka bentuk persis istana kerajaan India yang disesuaikan untuk perjalanan jarak jauh.

Dengan mendapat pengiktirafan The World Travel Awards secara lima tahun berturut-turut, kemewahan kereta api ini seolah-olah tidak dapat ditandingi.

9. The Golden Eagle Express

Nampak kereta api ini macam biasa tetapi perlu anda tahu bahawa ia adalah yang termahal dunia dengan perjalanan menghubungkan benua Asia dan Eropah yang melalui kawasan Rusia, China dan beberapa kawasan di Eropah.

Perjalanan yang jauh ini mampu memberikan pemandangan yang menarik di kawasan-kawasan yang dilalui antaranya di tepi laut, kawasan berbukit dan bandar.

Pastinya sangat menakjubkan jika anda berpeluang menaiki kereta api yang mewah seperti yang disebutkan semua tadi umpama sedang berada dalam hotel lima bintang.

Malah, perkhidmatan dan kelengkapan yang disediakan cukup selesa bak raja membuatkan anda seperti tidak mahu meninggalkan kereta api tersebut. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: kereta apiselesatermewah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

14/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden maut di timur laut Thailand, hari ini apabila sebuah kren pembinaan tumbang...

Kereta Api Terpantas Di Dunia Rekod Kelajuan 453 km/j

Kereta Api Terpantas Di Dunia Rekod Kelajuan 453 km/j

21/10/2025
0

BEIJING: Kereta api terpantas di dunia, CR450 memulakan siri ujian pra-perkhidmatan dengan merekodkan kelajuan maksimum 453 km/j, lapor Xinhua. Kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd