• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7,000 Sertai Program World #QuranHour Di UIA

oleh Ahmad Albab
07/06/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Alunan ayat suci al-Quran sekali lagi bergema di sekitar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini bersempena dengan penganjuran program World #QuranHour (WQH) 2018.

Kira-kira 7,000 peserta terdiri dari pelbagai negara dan latar belakang berhimpun di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM untuk bersama-sama membaca al-Quran yang berlangsung selama sejam bermula 11.30 pagi tadi.

Acara itu lebih bermakna dengan keberangkatan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang turut mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran pada majlis berkenaan.

Turut mengambil bahagian ialah Ketua Umum PKR yang juga bekas Presiden UIAM Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, Rektor UIAM Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin dan Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) Datuk Hussamuddin Yaacob.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Nordin Ibrahim memulakan acara dengan mengalunkan bacaan Surah al-Fatihah dan diikuti bacaan Surah Ali ‘Imran ayat 103 hingga 105 oleh Anwar.

Program diteruskan dengan acara kemuncak iaitu Sesi Solidariti Ngaji yang memberi peluang setiap peserta membaca al-Quran, berinteraksi dan melakukan refleksi diri, sebanyak satu muka surat seorang dalam tempoh lima minit.

Selain itu, pada program tahun ini menyaksikan para peserta diberi keterangan mengenai Surah al-Hujurat ayat satu hingga 18 yang menceritakan pembentukan umat berakhlak mulia melalui penekanan nilai seperti memaafkan, mendamaikan orang yang berselisih sesama Islam serta saling mengenali sesama manusia, oleh Penasihat Modul Rumah Ngaji Fazrul Ismail.

Dalam pada itu Hussamuddin berkata program anjuran YWUI itu turut dihadiri duta dan wakil kedutaan dari 17 negara termasuk Pakistan, Turki, Syria dan Iraq.

Katanya program WQH yang memasuki tahun ketiga itu bertemakan Dunia Berbudi dan Penyayang bermatlamat untuk membentuk solidariti ummah seluruh dunia untuk berinteraksi dengan al-Quran, iaitu baca, faham dan amal, selama satu jam.

“Kami harap melalui program ini akan wujud gelombang tsunami yang mana seluruh umat Islam di dunia akan menjadikan budaya membaca, memahami dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan mereka. Kami juga berharap program WQH akan dimasukkan dalam satu daripada agenda negara suatu hari nanti.

“Kami mahu ajaran yang terkandung dalam al-Quran akan menyerap masuk ke dalam jiwa setiap umat Islam. Justeru masalah sosial yang semakin berleluasa kini dapat diatasi,” katanya.

Hussamuddin juga berkata atas saranan Jakim, program WQH pada tahun hadapan akan menampilkan qari dan qariah antarabangsa. – BERNAMA

Tags: World #QuranHour
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seramai 580 Murid Hayati Bacaan Al-Quran

07/06/2018
0

BUKIT MERTAJAM - Seramai 580 murid Tahun Satu hingga Enam di Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya di sini mendalami dan menghayati...

Sultan Nazrin Berangkat Ke Program World #QuranHour

09/06/2018
0

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat ke Program World #QuranHour (WQH) di Masjid Sultan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd