• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penguatkuasa DBKL Disimbah Minyak Panas

oleh AK-47
05/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melecur di bahagian leher dan tangan kiri akibat disimbah minyak panas oleh seorang penjaja di persimpangan Jalan Masjid India dan Jalan Bunus, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.20 malam itu, enam anggota penguat kuasa DBKL membuat pemeriksaan terhadap gerai penjaja terbabit yang menjual keropok lekor di lokasi berkenaan yang dikatakan menghalang laluan orang ramai.

Menurut mangsa, Mohd Irwan Sarip, 32, dia bersama rakan setugasnya membuat pemeriksaan itu selepas menerima empat aduan daripada pelbagai pihak berhubung tindakan suami isteri yang meletakkan troli di lokasi terbabit yang digunakan sebagai gerai di laluan orang ramai.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, mereka membuat sitaan terhadap troli berkenaan kerana menjalankan perniagaan di laluan orang ramai, selain kesalahan tidak mempunyai lesen untuk berjaja di kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit enggan menyerahkan troli itu hingga berlaku tarik menarik menyebabkan minyak digunakan untuk mengoreng keropok lekor yang dijual mereka terpercik dan terkena pada isterinya.

“Lelaki itu yang berang dengan insiden itu kemudian bertindak menyimbah minyak panas dalam kuali terbabit yang terkena bahagian leher dan tangan kiri saya,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mohd Irwan berkata, rakan sekerjanya yang lain menahan lelaki itu dan berlaku pergelutan antara mereka kerana keenganannya menyerahkan dokumen pengenalan diri dan memberikan kerjasama apabila mahu dibawa ke balai polis berhampiran.

“Difahamkan lelaki itu cedera di bahagian kepala akibat pergelutan dengan anggota penguat kuasa yang mahu menahannya sebelum dibawa ke balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

“Saya kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. Lelaki itu juga ada mengugut kami dengan memberitahu dia tidak berpuas hati dan akan mencari kami sebaik dibebaskan nanti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya. – BH Online

Tags: melecurPenguatkuasa DBKL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

Budak 9 Tahun Hidup Seksa Melecur Separuh Badan

Budak 9 Tahun Hidup Seksa Melecur Separuh Badan

04/01/2023
0

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki melecur di bahagian badan sebelah kanan dari bawah ketiak hingga ke paha akibat bermain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd