• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Beradik Menderita Penyakit Kaki Jadi `Batu’

oleh Ahmad Albab
14/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

EMPAT beradik yang berasal dari keluarga miskin di Pakistan, kini perlahan-lahan bertukar menjadi `batu’ akibat penyakit kulit yang pelik.

Habibullah Bhatti, 19, Mehrunisa, 15, Nasebullah Bhatti, 10, dan Khairunisa, enam tahun, mengalami penyakit epidermolytic hyperkeratosis.

Penyakit ini hanya berlaku satu dalam 200,000 penduduk di dunia ini.

Ia mengakibatkan permukaan kulit menjadi keras dan berlaku di tangan serta kaki.

Mereka telah menemui ramai doktor namun sehingga kini gagal mencari penawarnya. Disebabkan keadaan itu, adik beradik tersebut tidak boleh memakai kasut kerana sakit.

Ibu bapa mereka, Nazir Bhatti, 50, dan Abida Ali, 48, kini kebimbangan kerana sehingga kini tiada ubat yang dapat mengubati penyakit pelik itu.

“Tiga tahun lepas anak bongsu saya, Khairunisa telah diserang penyakit pelik ini. Kulitnya menjadi kasar dan keras macam batu, hanya dalam masa beberapa bulan.

“Kami membawanya kepada pengamal perubatan tradisional yang memberikan ubat untuk disapu. Tapi dalam masa enam bulan, tiga lagi anak saya dijangkiti penyakit sama,” katanya.

Disebabkan keadaan tersebut, empat beradik itu terpaksa berkaki ayam walaupun pada musim sejuk.

Mereka sukar memakai kasut dan ada kalanya Nazir dan isterinya terpaksa membasahkan kaki mereka dengan air setiap jam untuk melembutkan kulit tersebut.

“Kulit mereka makin keras setiap hari. Kami risaukan masa depan mereka kerana mereka tidak boleh ke sekolah atau melakukan sebarang pekerjaan,” kata Nazir yang bekerja di sebuah kedai makan sebagai tukang masak. – MYNEWSHUB.CC

Tags: adik-beradikPenyakit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pasar Tani Khas Di Seluruh Negara Sehingga Khamis Ini

Next Post

Aset Dirampas Daripada 1MDB Akan Dikembalikan

Related Posts

Penyakit Misteri Hidung Berdarah Muncul Di Tanzania

Penyakit Misteri Hidung Berdarah Muncul Di Tanzania

14/07/2022
0

DODOMA, TANZANIA – Sejenis penyakit misteri yang menyebabkan simptom seperti demam, sakit kepala, keletihan dan hidung berdarah menular di tenggara...

Penyakit Hati ‘Misteri’ Ragut Nyawa 3 Kanak-Kanak Di Indonesia

03/05/2022
0

JAKARTA : Tiga kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital di Indonesia meninggal dunia akibat hepatitis akut pada April. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Ia...

Next Post

Aset Dirampas Daripada 1MDB Akan Dikembalikan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd