• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

25 Terbunuh, Gunung Berapi Guatemala Meletus

oleh Ahmad Albab
05/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR GUATEMALA – Kira-kira 25 orang termasuk se­kurang-kurangnya tiga kanak-kanak terbunuh dan hampir 300 mangsa cedera dalam letusan gunung berapi di Guatemala kelmarin, kata beberapa pegawai.

Mereka berkata, letusan Gunung Volcan de Fuego itu adalah paling dahsyat dalam tempoh lebih empat dekad.

Gunung berapi itu mengeluarkan lahar merah yang mengalir sejauh 8 kilometer dan menghamburkan asap hitam serta abu melitupi ibu kota negara berkenaan, Bandar Guatemala dan kawasan lain.

Mayat-mayat rentung ditemui bersama kemusnahan lain akibat gelombang panas piroklas ketika petugas-petugas cuba membantu mangsa yang cedera teruk akibat letusan tersebut.

Ini adalah kali kedua gunung berapi setinggi 3,763 meter itu meletus pada tahun ini.

“Sungai lahar yang mengalir melim­pah dan memusnahkan Kampung El Rodeo. Terdapat mangsa yang ce­de­­ra dan maut,” kata Ketua Setiausa­ha Agensi Pengurusan Bencana Nasio­nal Guatemala (CONRED), Sergio Ca­­banas kepada sebuah stesen radio tempatan.

CONRED menyatakan, angka korban meningkat kepada 25 orang berbanding anggaran awal tujuh orang termasuk seorang kakitangan CONRED sendiri. Kira-kira 13,000 pendu­duk telah dipindahkan dari kawasan letusan.

Menurut beberapa pegawai, ang­ka kematian tertumpu di tiga buah bandar iaitu El Rodeo, Alotenango dan San Miguel los Lotes.

Operasi menyelamat ditunda sehingga pukul 5 pagi (waktu tempatan) semalam berikutan cuaca buruk dan keadaan berbahaya, kata seorang jurucakap jabatan bomba, Cecilio Chacaj.

“El Rodeo tertimbus dan kami tidak dapat sampai ke Kampung La Libertad kerana aliran lahar. Mungkin terdapat mangsa yang maut di sana juga,” kata Cabanas.

Rakaman video bencana itu memaparkan seorang wanita kelesuan dan wajahnya kehitaman akibat abu gunung berapi. Mangsa berkata, dia nyaris maut ketika lahar mengalir melimpahi kebun-kebun jagung.

“Bukan semua orang berjaya melarikan diri. Saya fikir mereka tertimbus di dalam lahar,” kata wanita itu, Consuelo Hernandez kepada akhbar Diario de Centroamerica.

Dalam perkembangan berkaitan, Pre­siden Jimmy Morales berkata, beliau telah berbincang dengan barisan menterinya dan menimbang untuk mengisytiharkan darurat di kawasan Chimaltenango, Escuintla dan Sacatepequez.

Letusan itu turut memaksa Lapangan Terbang Antarabangsa La Aurora di Bandar Guatemala menutup landasan tunggalnya ekoran kehadiran abu vulkanik bagi menjamin kese­la­ma­tan penumpang dan pesawat.

Gunung Volcan de Fuego terletak se­kitar 40 kilometer ke barat daya ibu kota Guatemala dan berdekatan dengan bandar kolonial, Antigua yang popular dalam kalangan pelancong. – Reuters/Kosmo Online

Tags: Guatemalagunung berapi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jutawan Bina Terowong Kerana Takut Pyongyang

Next Post

17 Kes Kebakaran Di Kedah Akibat Abai Keselamatan

Related Posts

Guatemala Selamatkan 160 Kanak-kanak Bawah Umur Daripada Penderaan Seksual

Guatemala Selamatkan 160 Kanak-kanak Bawah Umur Daripada Penderaan Seksual

21/12/2024
0

GUATEMALA: Seramai 160 kanak-kanak bawah umur diselamatkan oleh pihak berkuasa Guatemala dari ladang yang dihuni kumpulan Yahudi ultra-Ortodoks, atas dakwaan...

Gunung Berapi Filipina Meletus Lagi

12/06/2022
0

MANILA: Pihak berkuasa menaikkan tahap amaran kepada satu dan memindahkan penduduk ke tempat selamat susulan gunung berapi setinggi 600 kilometer...

Next Post

17 Kes Kebakaran Di Kedah Akibat Abai Keselamatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd