• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18 Barangan Kawalan Sempena Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
10/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Labuan telah menetapkan harga maksimum 18 barangan terkawal untuk 15 hari bermula 8 hingga 22 Jun, menerusi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena sambutan Aidilfitri.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya Mohd Fikri Lai Abdullah berkata skim itu akan dilaksanakan selaras dengan Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011 ketika musim perayaan.

Aidilfitri dijangka disambut pada 15 Jun (1 Syawal).

Beliau berkata antara barangan tersebut ialah ayam, ayam standard, ayam super, daging lembu tempatan, daging kerbau import, telur ayam gred A, B dan C, cili merah, tomato, bawang putih China, bawang besar, kelapa serta ikan kembung dan ikan selayang.

Fikri memberi amaran kepada peniaga bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim, termasuk denda hingga RM100,000 dan penjara bagi individu serta denda hingga RM500,000 untuk syarikat.

Beliau berkata pegawai penguat kuasa daripada kementerian akan ditugaskan untuk memantau keadaan semasa. – BERNAMA

Tags: Barang KawalanKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kit Ujian Kendiri Covid-19 Kini Diwartakan Barang Kawalan

01/12/2021
0

PUTRAJAYA – Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 (Ujian Sendiri) kini diwartakan sebagai barang kawalan di bawah Perintah Kawalan Bekalan (Barang-Barang...

Rakyat Lega Harga Kit Covid-19 Murah

06/09/2021
0

SHAH ALAM - Rata-rata individu berpendapatan sederhana menerima baik keputusan penguatkuasaan harga siling kit ujian pantas antigen Covid-19 yang dijual...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd