• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1.2 Bilion Kanak-Kanak Dunia Menderita

oleh Ahmad Albab
02/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Hampir 1.2 bilion atau lebih separuh daripada anak-anak dunia terperangkap dalam konflik, kemiskinan atau diskriminasi seksual, kata sebuah badan bukan kerajaan antarabangsa, Save the Children dalam satu laporan yang diterbitkan kelmarin.

Laporan bertajuk ‘Pelbagai Penyisihan’ itu menyenaraikan 175 buah negara yang mempunyai kes penggunaan buruh kanak-kanak, pengabaian pendidikan, perkahwinan kanak-kanak dan kehamilan awal.

“Kajian itu menunjukkan bahawa 1.2 bilion orang kanak-kanak di seluruh dunia diancam sekurang-kurangnya satu daripada tiga ancaman utama tersebut,” kata laporan berkenaan.

Lapan daripada 10 buah negara yang disenaraikan terburuk untuk kanak-kanak terletak di barat dan tengah Afrika dengan kes terbesar di Nigeria.

Sementara Singapura dan Slovenia digolongkan sebagai negara yang mempunyai kadar terendah mempunyai masalah penganiayaan terhadap kanak-kanak.

“Lebih separuh daripada kanak-kanak dunia memulakan kehidupan dalam keadaan tidak menentu kerana mereka adalah seorang gadis, miskin atau membesar dalam zon perang.

“Kerajaan sepatutnya melakukan sesuatu bagi memberikan setiap kanak-kanak itu permulaan yang terbaik dalam kehidupan mereka,” kata Ketua Eksekutif badan amal tersebut, Helle Thorning-Schmidt.

Laporan itu turut menyatakan bahawa le­bih daripada satu bilion kanak-kanak tinggal di negara-negara yang dilanda kemiskinan, manakala 240 juta orang lagi di negara-negara yang terjejas akibat konflik dan kerajaan tidak stabil.

Lebih daripada 575 juta kanak-kanak perempuan pula tinggal di negara-negara ‘kesaksamaaan jantina menjadi isu yang serius’, demikian menurut laporan tersebut.

Sebanyak 20 negara termasuk Sudan Selatan, Somalia, Yemen dan Afghanistan menyumbang kepada jumlah 153 juta orang kanak-kanak yang hidup dalam ketiga-tiga ancaman iaitu buruh kanak-kanak, pengabaian pendidikan dan perkahwinan awal. – AFP/Kosmo Online

Tags: kanak-kanakkesihatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd