• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Cedera Dikelar Peragut

oleh Ahmad Albab
01/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Seorang wanita warga emas berusia 63 tahun cedera dikelar pada tangan manakala anak perempuannya berusia 38 tahun mengalami cedera ringan dalam kejadian ragut yang berlaku kira-kira 10 malam di Jalan Petri Pekan Lama, 25 Mei lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt. Sazalee Adam berkata ketika kejadian, kedua-dua mangsa sedang menuju ke arah motosikal mereka sebelum didatangi sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC yang dinaiki dua suspek lelaki.

“Suspek yang datang dari arah belakang telah menarik beg tangan milik anak mangsa dan menolak anaknya sehingga terjatuh sewaktu anaknya cuba menarik kembali beg itu, manakala mangsa yang melihat kejadian itu turut bertindak menarik beg terbabit namun dikelar pada bahagian tangan oleh seorang daripada suspek.

“Kejadian itu bagaimanapun disaksikan oleh seorang individu lain yang terus merempuh motosikal dinaiki suspek, menyebabkan motosikal itu terbalik…seorang suspek lelaki berumur 23 tahun berjaya diberkas manakala usaha mengesan seorang lagi suspek yang meloloskan diri, sedang giat dijalankan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan pada tangan kanan menerima empat jahitan manakala anaknya mengalami bengkak pada bahagian belakang kepala akibat terjatuh di atas tar.

“Siasatan lanjut mendapati suspek yang ditahan mempunyai tiga rekod kesalahan lampau berkaitan kes kecurian motosikal, polis turut merampas sebilah parang serta motosikal yang dinaiki suspek.

“Jumlah kerugian dialami mangsa sebanyak RM20 dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan…suspek direman selama enam hari bermula 26 Mei lalu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sazalee berkata, polis kini sedang mengesan dua suspek utama berkaitan kes bunuh membabitkan seorang wanita berusia 27 tahun di Flat Paya Nahu pada 23 Mei.

“Suspek yang dicari bagi membantu siasatan ialah T. Mageswaran, 27, dan Mohammad Dzuchemy Ahmad, 24…justeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Kuala Muda, Insp Hasrol Roslan di talian 019-266 5514 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Bernama sebelum ini melaporkan, mangsa yang dipercayai dibunuh di kawasan Flat Paya Nahu itu dijumpai seorang lelaki, berada di bawah jambatan berhadapan sebuah hospital swasta dekat sini, dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Susulan kejadian, polis telah menahan empat suspek termasuklah ibu dan anak yang masing-masing berumur 52 dan 25 tahun, serta seorang wanita berumur 34 tahun dan adik lelakinya, 26, bagi membantu siasatan. – BERNAMA

​​​​​​​

Tags: peragutwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd