• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Rosdy Menteri Besar Pahang Yang Baharu

oleh Ahmad Albab
17/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Wakil rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Jelai (DUN), Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Pahang yang baharu untuk tempoh dua tahun atau sehingga tempoh yang diperkenankan.

Istiadat pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang itu berlangsung di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini petang ini.

Turut berangkat Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah dan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Haji Ahmad Shah.

Pelantikan Wan Rosdy itu bagi menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN) Pahang menggantikan Datuk Seri Adnan Yaakob yang memimpin negeri tersebut sejak 1999.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) minggu lepas, Wan Rosdy yang menyandang DUN Jelai sejak 2004 menang dengan majoriti 3,507 undi, mengatasi calon PAS, PKR dan PSM.

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

Wan Rosdy mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Clifford sebelum menyambung persekolahan di Sekolah Menengah Clifford serta Sekolah Menengah Mahmud, Raub.

Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dalam bidang Pengajian Perdagangan di Institut Teknologi Mara sebelum meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Kemasyarakatan di Universiti Sains Malaysia.

Selepas menamatkan pengajian Wan Rosdy memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Ketua Pegawai Lembaga Padi Negara (LPN) negeri Perak pada 1985 sebelum menjadi Pengurus Kompleks LPN Arau, Perlis pada 1989 dan memegang beberapa lagi jawatan lain termasuk Pengurus Bernas Jertih, Terengganu(1999) dan Pengurus Kanan Bernas Sungai Ranggam, Perak (2000).

Pembabitan dalam politik menyaksikan beliau menyandang kerusi DUN Jelai sejak 2004 dan pernah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang (2008-2013) dan pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan negeri (2013-2018).

Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands itu berkahwin dengan Datin Seri Burhah Mohamed, 58 dan dikurniakan dua anak lelaki serta seorang perempuan. – BERNAMA

Tags: Wan Rosdy
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aksem Rampas Daum Ketum Bernilai RM7,500

Next Post

Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Khamis

Related Posts

PAU 2023: Sajak Wan Rosdy Untuk Najib Jadi Tumpuan

PAU 2023: Sajak Wan Rosdy Untuk Najib Jadi Tumpuan

10/06/2023
0

KUALA LUMPUR – Tanpa dapat berselindung dengan kesedihan selepas bekas ‘bos besar’ UMNO peringkat negeri Pahang, Datuk Seri Najib Tun...

Wan Rosdy, Khaled Nordin, Johari Kekal ‘Top 3’ Calon Naib Presiden

Wan Rosdy, Khaled Nordin, Johari Kekal ‘Top 3’ Calon Naib Presiden

18/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Setakat pukul 7.30 malam tadi, undian calon Naib Presiden UMNO masih kekal dengan meletakkan Datuk Seri Wan Rosdy...

Next Post

Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Khamis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd