• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Guru Kasari Murid Taska Dikecam Netizen

oleh
07/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN seorang guru melayan anak-anak muridnya yang agak kasar menimbulkan persepsi buruk penjaga kanak-kanak terhadap Taska Nadi Syahadah di Bandar Putra Kulai, Johor.

Melalui rakaman litar tertutup (CCTV) semua kanak-kanak yang lengkap memakai uniform taska berkenaan dihukum berdiri di atas kerusi sambil memegang buku masing-masing.

Guru tersebut dianggap bertindak keterlaluan oleh penjaga yang melihat rakaman itu apabila seorang kanak-kanak telah dilempang hingga terjatuh selepas berdiri di atas kerusi.

Sementara itu, seorang penjaga yang menghantar anak saudaranya ke taska berkenaan meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan guru tersebut.

“Budak yang kena (lempang) tu bukan anak saudara saya, tapi anak orang lain dan saya tak kenal ibu bapa mereka. Kesian budak-budak ni, patut takut nak pergi sekolah. Anak sedara saya murung sedangkan baru belajar empat bulan.

“Dari mula sampai kelas jam 12, budak-budak tak makan lagi dan saya tengok sendiri melalui CCTV,” katanya yang juga pengguna Facebok menggunakan nama Ayang Retroholic melalui entrinya.

Menurutnya lagi, kanak-kanak di taska tersebut turut mengalami lebam kesan dipukul dan kesakitan pada kuku.

Berhubung tindakan melampau guru berkenaan, dia telah membuat laporan di Balai Polis Kulai untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.

Dia turut mengingatkan khususnya buat golongan ibu untuk sentiasa mengambil berat anak-anak mereka dan berwaspada terhadap perkembangan anak-anak mereka.

Seorang guru yang mengajar di sebuah taska yang bercirikan Islam sepatutnya mengamalkan cara pendidikan yang baik berteraskan Islam.

Kanak-kanak yang sedang membesar dan baru mengenali dunia ini perlu dibimbing sebaiknya dengan ajar mereka bukan sahaja pandai dari segi akademi malah baik dari sudut peribadi diri. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: Gurukasarpelajar
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat mengesyorkan pengurusan kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perkhidmatan dan...

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru) menggesa satu siasatan rapi dijalankan bagi mengesahkan perlakuan sumbang membabitkan beberapa guru seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd