• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun Dr. Mahathir Jumpa Semua KSU Esok

oleh Ahmad Albab
13/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menemui semua Ketua Setiausaha (KSU) kementerian esok bagi menjelaskan fungsi dan peranan kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata sesi tersebut akan digunakan untuk memberi penjelasan mengenai apa yang akan dilakukan kerajaan baharu khasnya dalam menentang rasuah dalam pentadbiran kerajaan.

“Insya-Allah esok saya akan menemui kesemua KSU kementerian dan menerangkan kepada mereka apa hasrat kita dan apa yang akan kita lakukan khasnya berkaitan rasuah,” katanya dalam sesi penerangan khas kepada RTM dan Bernama di kediaman beliau di Seri Kembangan dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai apa yang akan berlaku kepada 1.6 juta penjawat awam memandangkan, dalam laporan sebelum ini, akan wujud penggabungan kementerian dalam kabinet baharu yang bakal dibentuk kerajaan PH.

Semalam Dr. Mahathir menamakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.

Mengulas lanjut mengenai antirasuah dalam pentadbiran kerajaan baharu itu, Dr. Mahathir berkata kerajaan sangat bertegas dalam hal tersebut kerana tidak mahu menteri yang dilantik terlibat dalam amalan korupsi.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menjelaskan sejak kempen pilihan raya umum, PH telah menerima sumbangan yang banyak untuk membiayai pilihan raya itu dan kini, setelah dipilih rakyat menjadi kerajaan, segala bentuk sumbangan dan derma tidak boleh diterima mana-mana pihak melainkan dengan keizinan atau dimaklumkan kepada kabinet.

“Kadang-kadang ada orang ramai bagi sumbangan dalam bentuk hadiah. Hadiah yang boleh diberi adalah dalam (bentuk) makanan, tetapi bukan dalam (bentuk) barangan bernilai,” katanya.

Menyentuh mengenai kabinet baharu pula, Dr. Mahathir berkata pengumumannya akan dibuat secepat mungkin.

“Kita akan bentuk kabinet kecil yang mengandungi 10 orang sahaja. Kita sudah ada tiga orang, dan kita perlu tujuh lagi untuk cukupkannya secepat mungkin dengan setiap parti memberi calon nama dan kementerian pilihan mereka.

“Saya harap ia dapat diselesaikan dalam minggu ini, jadi, kita dapat bentuk kabinet 10 orang,” katanya.

Dr. Mahathir menjelaskan dari situ, beliau selaku perdana menteri, akan menyemak senarai calon tersebut sebelum membuat keputusan mengenai jawatan mereka selepas merujuknya terlebih dahulu dengan presiden parti masing-masing.

Beliau menarik perhatian kabinet itu akan bergerak sebagai kabinet yang sah, sementara kerajaan memilih calon-calon lain dari negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak.

“Kabinet lengkap itu tidak akan melebihi 30 kementerian,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: KSUTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Jaga Hati Orang Tua Yang Masih Sayang UMNO, BN”

Next Post

5 Cara Berdepan Dengan Kehilangan

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

Next Post

5 Cara Berdepan Dengan Kehilangan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd