• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tugas Wartawan Diterjemah Melalui Karya Lukisan

oleh Ahmad Albab
23/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kehadiran pengamal media yang mula berkampung di hadapan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak tujuh hari lepas, telah menarik perhatian seorang pelukis untuk mengabadikan tugasan wartawan itu melalui lukisan.

Pelukis itu, Tan Poh Chuan, 45, berkata kehadirannya adalah sebagai tanda sokongan kepada warga media dalam menjalankan tugas tanpa mengira keadaan dan cuaca demi menyampaikan berita kepada masyarakat.

“Saya berasa tertarik untuk datang ke sini bagi melihat sendiri situasi di sini dan petugas media yang menjalankan tugas… saya rasakan ia satu pengalaman yang menarik untuk melukis suasana sekeliling.

“Apa yang berlaku hari ini adalah salah satu lipatan sejarah yang penting pada negara kita. Namun, di sebalik maklumat yang diterima masyarakat terdapat individu yang menyampaikannya iaitu pengamal media yang sering dipandang sepi oleh semua pihak,” katanya yang juga merupakan pemilik sebuah galeri seni di Kepong, di sini.

Beliau yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam seni lukis berkata beliau berharap lukisan tersebut boleh memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk lebih menghargai tugas wartawan untuk melaporkan perkembangan terkini di dalam negara.

Menurutnya, lukisan yang dihasilkan hari ini menggunakan warna air yang berlatarbelakangkan kediaman Najib di Langgak Duta, di sini serta kelibat beberapa pengamal media yang sedang menjalankan tugas.

“Saya mengambil masa selama 20 minit untuk menyiapkan lukisan ini dan ia adalah untuk simpanan peribadi,” kata Tan. – BERNAMA

Tags: Lukisanwartawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, diserang dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar,...

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

03/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 124 wartawan dan petugas media terbunuh sepanjang tahun 2024, menjadikannya tahun paling berdarah sejak Jawatankuasa Melindungi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd