• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tsunami Pembangkang Musnahkan Institusi Melayu

oleh Ahmad Albab
02/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan tsunami Melayu yang diuar-uarkan oleh pembangkang bertujuan memusnahkan institusi Melayu yang lama bertapak di negara ini.

Pengerusi Felda itu berkata tsunami yang dimaksudkan pembangkang adalah kemusnahan dan merupakan strategi jangka panjang yang bukan sahaja disasarkan ketika PilihanR raya Umum (PRU) tetapi telah bermula sejak selepas PRU13 lagi.

Beliau berkata tsunami politik yang dirancang pembangkang sebenanrya bermula selepas PRU13 dengan serangan kepada badan institusi-institusi Melayu, badan-badan yang penting kepada orang Melayu seperti Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera dan FELDA.

“Dia (pembangkang) serang Tabung Angkatan Tentera, satu institusi juga yang dekat dengan hati orang Melayu kerana ramai orang Melayu yang berkhidmat dengan angkatan tentera, (lepas tu) serang pulak FELDA, buat tuduhan macam-macam kata FELDA bankrap dan sebagainya.

“Mereka (pembangkang) serang badan-badan yang ada kepentingan Melayu, maknanya bahawa yang dipanggil tsunami ini bukanlah hanya pada PRU sahaja tetapi bermula secara terancang untuk menyerang dan memusnahkan keyakinan orang Melayu kepada pemerintah sedia ada dengan langkah pertama, menyerang badan atau institusi Melayu,” kata beliau kepada pemberita selepas acara walkabout bertemu dengan masyarakat bandaraya ini di Larkin Sentral, di sini, hari ini.

Shahrir, yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu berkata demikian ketika mengulas mengenai strategi pembangkang yang pada mulanya dikhabarkan mahu meletak pemimpin besar menentang beliau bagi merampas kerusi Parlimen Johor Bahru.

Terdahulu, pembangkang dilaporkan yakin akan tsunami Melayu akan berlaku pada PRU14.

Shahrir yang merupakan penyandang kerusi parlimen itu bakal bertemu dengan calon PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, yang juga Ketua Cabang PKR Johor Bahru itu.

Bagaimanapun, ahli politik senior itu tidak memandang mudah lawannya yang baru berusia 32 tahun itu sebaliknya meletakkan nasibnya di tangan para pengundi Johor Bahru yang boleh menilai prestasi beliau sepanjang lima tahun beliau menjadi wakil parlimen berkenaan. – BERNAMA

Tags: pembangkangTan Sri Shahrir Abdul Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hukuman Mati Ke Atas Pemandu Mabuk Kemalangan Maut, Anggap Niat Membunuh

Hukuman Mati Ke Atas Pemandu Mabuk Kemalangan Maut, Anggap Niat Membunuh

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang mendesak kerajaan mengambil langkah lebih tegas dengan mengkaji pelaksanaan hukuman mati terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan...

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd