• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Tidak Boleh Sekat Pengkritik Di Twitter

oleh Ahmad Albab
24/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Presiden Donald Trump secara undang-undang tidak boleh menyekat pengguna Twitter yang tidak sependapat dengannya, demikian perintah hakim persekutuan hari ini dalam kes yang membabitkan pengggunaan media sosial secara meluas oleh pegawai awam.

Hakim Naomi Reice Buchwald berkata, menyekat pengkritik Trump dengan menghalang mereka daripada melihat dan berinteraksi dengan tweet presiden, melanggar hak kebebasan bersuara pengguna-pengguna yang dijamin dalam Pindaan Pertama Perlembagaan.

Berdasarkan 75 muka surat pendapat, hakim persekutuan New York itu berkata pengguna ‘tidak boleh disekat kerana diskriminasi pandangan’ dan ia ‘tidak dibenarkan di bawah Pindaan Pertama’.

Keputusan itu diambil sebagai tindak balas kepada tuntutan undang-undang yang difailkan oleh sekumpulan pengguna Twitter dan Knight First Amendment Institute di Columbia University.

Tuntutan itu berpendapat bahawa, oleh kerana Trump menggunakan Twitter untuk pelbagai pengumuman dasar, akaun itu dianggap sebagai ‘forum awam’ yang tidak dapat menolak orang awam kerana pandangan politik mereka.

Hakim mengakui bahawa walaupun presiden mempunyai hak kebebasan bersuara tertentu, ia tidak boleh melanggar hak pengguna Twitter lain.

“Walaupun kita perlu mengiktiraf dan sensitif kepada hak peribadi Pindaan Pertama Presiden, beliau tidak boleh melaksanakan hak itu dengan cara melanggar hak Pindaan.

“Pertama yang berkaitan dengan mereka yang mengkritiknya,” katanya. – AFP/BH ONLINE

Tags: Twitter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah Pembunuh Twitter Jepun Yang Berakhir Di Tali Gantung

Kisah Pembunuh Twitter Jepun Yang Berakhir Di Tali Gantung

19/10/2025
0

TAKAHIRO SHIRAISHI: “PEMBUNUH TWITTER” JEPUN DIGANTUNG SAMPAI MATI Oleh Mynewshub  TOKYO, 27 JUN 2025 – Jepun telah melaksanakan hukuman gantung...

Elon Musk Mahu Tukar Logo Twitter

Elon Musk Mahu Tukar Logo Twitter

24/07/2023
0

WASHINGTON – Manusia paling kaya di dunia. Elon Musk semalam menyatakan bahawa beliau merancang untuk menggantikan logo Twitter, lapor portal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd