• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Perlu Panggil Shahrir Dan Isa Samad – Daim

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Penasihat Kerajaan tidak akan memanggil kedua-dua bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Tan Sri Shahrir Samad untuk memberi penjelasan mengenai isu-isu yang membelenggu agensi pengurusan perladangan itu.

Ketua majlis berkenaan, Tun Daim Zainuddin berkata tindakan itu tidak perlu kerana pihaknya sudah memanggil pegawai dan ahli lembaga pengarahnya.

“Kami sudah mendapat gambaran yang menyeluruh,” kata bekas menteri kewangan itu pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bertemu dengan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Majlis, yang ditubuhkan oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH), Sabtu lepas, turut diberi taklimat oleh bekas ketua pengarah Felda, Datuk Hanapi Suhada, Pengerusi Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA, Datuk Zulkarnain Md Eusope.

Daim berkata sejak penubuhan majlis itu enam hari lalu, pihaknya telah mengadakan 40 mesyuarat dan bertemu dengan 50 individu daripada pelbagai latar belakang iaitu pegawai kanan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, badan bukan kerajaan dan sektor korporat.

“Kami menbincangkan beberapa topik, antara lain, tol, Felda, Felcra, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura,” katanya.

Mengenai status ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, yang dikaitkan dengan kontroversi syarikat pelaburan negara,1Malaysia Development Berhad (1MDB), Daim berkata beliau tahu di mana Jho Low berada ketika ini.

“Saya harap dia akan pulang dan membantu kami sekiranya dia rasa dia tidak bersalah. Peraturannya mudah, tidak bersalah sehingga terbukti bersalah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Isa SamadTun Daim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Persekutuan Putuskan Tan Sri Isa Samad Dipenjara Enam Tahun

Mahkamah Persekutuan Putuskan Tan Sri Isa Samad Dipenjara Enam Tahun

10/02/2026
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad, 76, akan menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan...

Na’imah Dibenarkan Jadi Pencelah Permohonan SPRM Halang Urus Aset Luar Negara

Na’imah Dibenarkan Jadi Pencelah Permohonan SPRM Halang Urus Aset Luar Negara

13/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid, hari ini dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi untuk menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd