• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tidak Perlu Keji Orang Bagai Tiada Esok Lusa”

oleh
13/05/2018
dalam Artis, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON, Dira Abu Zahar meluahkan rasa kecewa dengan tohmahan dan hinaan yang aktif dilemparkan oleh segelintir netizen terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Aktres itu menerusi salah sebuah entri terbaharu yang dimuat naik dalam laman instagram miliknya berkata, sesungguhnya setiap apa yang berlaku pasti ada rahmat di sebaliknya.

“YAB Datuk Seri Najib, saya harap berada dalam keadaan yang baik dan sihat selalu. Walau yang dicanang kini hanya keburukan semata-mata, tapi saya percaya, dalam setiapnya, pasti ada yang baik di sebaliknya,” tulis wanita berusia 34 tahun itu.

Dalam pada itu, Dira yang juga merupakan anak kepada mantan Ketua Menteri Melaka, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin turut berkata mana yang elok boleh dijadikan teladan dan yang buruk pula dijadikan sempadan.

Malah, beliau juga meminta orang ramai agar berhenti daripada terus mengutuk dan menghukum bekas perdana menteri itu tanpa belas kasihan.

“Tak perlu keji orang bagai tiada esok lusa. Tak perlu nak menghukum bagai tiada dosa dan pahala. Tak perlu menghakimi sesiapa bagai dunia milik kita semata,” katanya lagi.

YAB Datuk Seri Najib, Saya harap DSN berada dlm keadaan yg baik dan sihat selalu. . Walau yang di canang Kini hanya keburukan semata2, tp saya percaya, dalam setiapnya, pasti ada yg baik di sebaliknya. . Yang baik Kita Jadikan tauladan. Yang buruk Kita jadikan sempadan. . Jadi…. Tak perlu keji orang bagai tiada esok lusa. Tak perlu nak menghukum bagai tiada dosa dan pahala. Tak perlu menghakimi sesiapa bagai dunia milik Kita semata. . Datuk seri @najib_razak, saya doakan yang baik2 buat DS. Ada hikmahnya atas yg berlaku. Kami anak muda akan terus memacu parti kesayangan ini dgn semangat yg lebih progresif, with or without u sir. Insyallah, kami takkan persiakan amanat DS. . Moga Allah SWT merahmati DSN dan keluarga. . Amin Amin Amin. . SELAMAT ULANGTAHUN UMNO YG KE 72. . Ps- posting ini tiada kene mengena dgn artis kegemaran kalian. Beliau penyokong parti politik, sama spt kalian. Saya penggerak parti politik, sama spt arwah ayah. Jadi mohon jgn lagakan kerana Kita berada dalam padang yg berbeza. . Faham ke faham ? 😬 ✌🏻. . #kitatetappilihbiru.

A post shared by Dira Abu Zahar (@diraabuzahar) on May 11, 2018 at 6:02am PDT

Tambah pemilik nama sebenar Khaidhirah Abu Zahar itu lagi, beliau menegaskan akan tetap setia kepada UMNO dan berjanji terus memperjuangkan parti keramat tersebut dengan semangat yang baharu.

“Kami anak muda akan terus memacu parti kesayangan ini dengan semangat lebih progresif, with or without u sir. Insyaallah, kami takkan persiakan amanat DS. Moga Allah SWT merahmati DSN dan keluarga,” katanya.

Sehingga kini, perkongsian itu dilihat mendapat lebih daripada 14,000 tanda suka dan terus menjadi perhatian netizen khususnya di Instagram. – MYNEWSHUB.CC

Tags: dira abu zahar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dira Tunai Impian Ibu Jumpa Hishamuddin

11/07/2018
0

PELAKON Dira Abu Zahar meluahkan rasa gembiranya apabila dapat bertemu dengan Datuk Seri Hishamuddin Hussein selepas dipilih menjadi Ahli Majlis...

Dira Abu Zahar Tanding MT UMNO, Bukan Ketua Puteri

11/06/2018
0

KUALA LUMPUR – Exco Puteri UMNO, Dira Abu Zahar menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sama ada bertanding atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd