• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tidak Adil Guan Eng Hentam Saya” – Arul Kanda

oleh Haris
24/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Arul Kanda Kandasamy menyifatkan adalah tidak adil untuk Menteri Kewangan, Lim Guan Eng melabelnya sebagai seorang yang ‘tidak jujur dan tidak amanah’.

Tegas Pengarah dan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu, sebarang salah laku dalam syarikat itu wujud sebelum beliau menyertainya pada Januari 2015.

Melalui satu kenyataan peribadi yang dikelurkannya hari ini, Arul Kanda berkata tujuan beliau menyertai firma itu adalah untuk melakukan pelan rasionalisasi terhadap segala masalah yang terjadi.

“Beberapa isu yang berlegar berkaitan 1MDB termasuk siapa yang bertanggungjawab dalam pelaburan awal serta pengurusan syarikat sudah dinyatakan pada 2015.

“Maklumat itu kemudian dikemas kini tidak hanya kepada pihak berkuasa dan penyiasat, malah kepada ahli lembaga pengarah dan pemegang saham.

“Fokus saya hanya untuk melaksanakan pelan rasionalisasi perniagaan syarikat,” katanya.

Dalam pada itu, Arul Kanda menyifatkan pada pertemuannya bersama Guan Eng tempoh hari, beliau tidak mempunyai sebarang dokumen syarikat ketika itu.

Justeru, beliau terpaksa menjawab soalan-soalan yang ditanya berdasarkan pengetahuannya sendiri mengenai syarikat tersebut.

“Saya ditanya banyak soalan, yang mana dari apa yang saya ingat, saya telah jawab dengan jujur dan dengan paling baik sekali, tetapi tanpa mempunyai dokumen sokongan dengan saya pada masa itu.

“Pada pandangan saya, adalah tidak adil untuk YB Menteri (Guan Eng) mengeluarkan kenyataan yang tidak menggambarkan suasana sebenar sesi tersebut,” katanya.

Semalam, Guan Eng mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mendapati Arul Kanda konon tidak jujur dan tidak boleh dipercayai selain mengarahkan penasihat undang-undang Kementerian Kewangan untuk mengkaji semula jawatan Arul Kanda sebagai Presiden 1MDB.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Mengulas mengenai perkara itu, Arul Kanda menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang berbaur fitnah dan bersifat peribadi oleh Menteri Kewangan itu.

Tambahnya, atas kenyataan Guan Eng itu, beliau akan mendapatkan nasihat undang-undang dari peguamnya mengenai tindakan yang akan diambil selepas ini.

“Oleh itu, dalam kapasiti peribadi saya, dan tidak berkaitan dengan jawatan saya dan khususnya hanya berhubung dengan kenyataan beliau, saya telah mendapatkan nasihat undang-undang dari peguam saya untuk menasihati saya mengenai pilihan saya,” tulisnya.

Dalam masa sama, Arul Kanda berkata, beliau akan terus komited untuk memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan 1MDB. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: 1MDBArul KandaLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Maut Dipercayai Dibunuh Dijumpai

Next Post

Rugi Teruskan Liga-M Bulan Ramadan – Radhi Mat Din

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Rugi Teruskan Liga-M Bulan Ramadan - Radhi Mat Din

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd