• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Sebarang Laporan Mengenai Bekas KPN

oleh Ahmad Albab
14/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEMPOL – Polis Diraja Malaysia belum menerima sebarang arahan atau laporan mengenai bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang membolehkan pihaknya melakukan siasatan.

Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun jika ada sebarang laporan mengenai Khalid, pihaknya akan membuka kertas siasatan.

“Setakat ini kita tiada perkara hendak siasat, tetapi jika ada asas atau laporan daripada pihak tertentu, kita akan jalankan siasatan jika perlu.

Tetapi setakat ini tiada arahan tertentu daripada mana-mana pihak diberikan kepada kita,” katanya, katanya dalam satu sidang media selepas perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di sini, hari ini.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan merasmikan bangunan IPD berkenaan.

Turut berangkat Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan putera baginda Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun dan isteri, Wan Hasni Wan Yusof serta Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Fuzi berkata kawalan ketat polis di laluan masuk ke kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta di ibu negara sejak semalam adalah sebagai langkah keselamatan di kawasan itu.

“Itu sebenarnya ada dua indikasi, satu khuatir tentang keselamatan bekas perdana menteri (Najib) dan kita juga membuat pemantauan kepada pihak-pihak yang tertentu.

“Dalam masa sama kita mahu memastikan tahap keselamatan di kediaman itu agar tiada perkara tidak diingini berlaku,” katanya. – BERNAMA

Tags: khalid abu bakarTan Sri Mohamad Fuzi Harun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Hamid Bador, Kini Khalid Abu Bakar Pula

05/05/2021
0

PADA 22.4.2021 bekas Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah hantar surat tuntutan (LOD) kepada Tun M. Ia ekoran...

Khalid Abu Bakar Saman Mahathir, Tuntut RM10 Juta

04/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan undang-undang ke atas Tun Dr Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd