• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Permit, Polis Minta Batal Debat Syed-Razali

oleh Ahmad Albab
07/05/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Polis meminta debat antara calon pembangkang bagi kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyandang Datuk Seri Razali Ibrahim yang dijadualkan malam ini dibatalkan kerana tiada permit.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata program debat itu tidak mendapat kebenaran polis kerana tiada sebarang permit dipohon oleh pihak penganjur.

“Surat daripada penganjur iaitu Pakatan Harapan (PH) kami terima pagi ini hanya memaklumkan mengenai program tersebut.

“Oleh kerana masa yang sangat singkat dan mengambil kira keadaan ketenteraman awam sekarang, ia tidak sesuai dan kita tidak akan benarkan program (debat) ini diadakan,” katanya kepada pemberita pada program Kepolisan Berprofil Tinggi di Pagoh dekat sini hari ini.

Katanya penganjur sepatutnya memohon permit 10 hari lebih awal kepada ketua polis daerah untuk dipertimbangkan.

“Bila program debat, kita kena faham calon mungkin boleh kawal emosi, tetapi bagaimana dengan penyokong. Kami juga perlu persediaan seperti kawalan lalu lintas, kesesuaian lokasi dan sebagainya,” kata beliau.

Sehubungan itu Mohd Khalil meminta sama ada penganjur mahupun penyokong agar tidak hadir di lokasi yang diuar-uar sebagai venue debat berkenaan.

Sekiranya diteruskan, mereka yang terlibat melakukan kesalahan menurut Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menganjurkan perhimpunan tanpa kebenaran, katanya.

“Kita galakkan calon berkempen (tapi) gunalah saluran undang-undang yang ditetapkan,” kata Mohd Khalil.

Semalam, Syed Saddiq dilapor mengesahkan pelawaan debat antaranya dan Razali yang dibuat pada Isnin lalu diteruskan dan dijadualkan berlangsung hari ini di Hotel Traders Muar pada 8 malam. – BERNAMA

Tags: debatPermit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

04/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim bersedia untuk menerima jemputan Presiden MUDA, Syed Saddiq...

Ahli Parlimen PN Ubah Fikiran, Setuju Debat Dengan Rafizi

Ahli Parlimen PN Ubah Fikiran, Setuju Debat Dengan Rafizi

01/08/2023
0

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bachok dari Perikatan Nasional, Syahir Sulaiman membuat pusingan U berhubung cabaran Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd