• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lagi Keperluan Sekat Sarawak Report, Medium

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan tindakan untuk menyekat mana-mana laman sesawang adalah berpandukan kepada undang-undang negara dan demi ketenteraman awam.

MCMC dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam akaun facebooknya hari ini berkata, kandungan yang bersifat lucah, mempunyai unsur mengancam mahupun jelik akan disekat berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai.

“Bagaimanapun, sekatan yang dibuat akan diteliti semula dan jika sebab atau kriteria untuk menyekat tidak lagi terpakai. Sejajar dengan impak dan kesan semasa, maka sekatan tersebut akan ditarik balik. Dalam kes Sarawak Report dan Medium, tiada lagi keperluan untuk menyekat apabila laporan 1Malaysia Development Bhd. menjadi umum,” tambah MCMC.

Pada Selasa lepas, Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad mengumumkan pengauditan 1MDB yang dikelaskan sebagai Rahsia pada 22 Januari 2016 kini dikategorikan semula sebagai Dokumen Terbuka.

Jelas MCMC, dalam hal laman sesawang live.undi.info pula, aduan-aduan yang diterima daripada orang ramai antara lain mendakwa bahawa keputusan atau maklumat yang dipaparkan dalam laman berkenaan dilihat kurang tepat.

Bagaimanapun selepas meneliti semula kandungan-kandungan yang disiarkan, sekatan ditarik balik memandangkan kriteria-kriteria yang digunakan untuk proses sekatan sebelum ini sudah tidak terpakai dalam situasi semasa, kata MCMC. – BERNAMA

Tags: Sarawak Report
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Editor Sarawak Report

23/09/2021
0

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap editor Sarawak Report kerana gagal menghadirkan diri...

Sarawak Report Perlu Kemuka Bukti Dakwaan Jahatnya

16/06/2020
0

KUALA LUMPUR - Sarawak Report perlu mengemukakan bukti termasuk menamakan pesawat dinaiki, hospital di Singapura serta doktor yang kononnya merawat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd