• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Bersyukur Tiada Lagi ‘Jambatan Puaka’

oleh AK-47
03/05/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“JAMBATAN baharu menggantikan empat jambatan lama yang sempit ini memberi kelegaan penduduk. Dulu banyak kemalangan berlaku di sini sehingga penduduk menggelarnya sebagai ‘jambatan puaka’,” kata penduduk Kampung Sengkang, Tangkak, Zolkifli Jamil.

Zolkifli, 54, langkah kerajaan menggantikan empat jambatan sempit itu memudahkan penduduk, tambahan pula laluan itu semakin sibuk kerana menjadi jalan pintas ke Jementah dan FELDA Bukit Serampang.

“Antara kemalangan paling mengerikan di jambatan lama yang sempit itu dan tidak boleh saya lupakan adalah penunggang motosikal putus tangan selepas bertembung dengan kenderaan lain.

“Malah, tangan yang putus itu hanya ditemui pada keesokan harinya.

“Laluan ini memang sibuk 24 jam kerana menjadi jalan pintas dari Pekan Bukit Gambir untuk ke Jementah atau FELDA Bukit Serampang, selain dilalui kenderaan berat yang mengangkut hasil kelapa sawit dan sayur.

“Jadi dengan adanya kemudahan disediakan kerajaan, memang kami bersyukur dan gembira,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Bagi Mustapa Sahod, 78, beliau dan penduduk sudah gembira dengan pembinaan jambatan baharu terbabit kerana bukan sahaja memudahkan perhubungan, malah diharapkan dapat mengurangkan kes kemalangan jalan raya di kawasan berkenaan.

“Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana membina kemudahan ini bagi manfaat penduduk kampung dan pengguna jalan lain.

“Kalau boleh, tambahkan lampu jalan berhampiran jambatan itu kerana agak gelap pada waktu malam,” katanya.

Sementara itu, Nora Mohd Yusoh, 50, berkata kawasan itu mencatatkan pembangunan pesat berbanding sebelum ini hanya laluan tanah merah dan jambatan sempit.

“Alhamdulillah, keprihatinan kerajaan membina sistem perhubungan ini memang banyak memberi manfaat kepada penduduk lebih-lebih lagi empat jambatan baharu terbabit yang pastinya memberi kemudahan kepada semua,” katanya.

Projek Menggantikan Empat Jambatan di Jalan Sengkang-Bukit Gambir yang bernilai lebih RM16 juta itu dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Projek terbabit yang dimulakan pada Mac 2016 dan siap sepenuhnya pada akhir April lalu kini mempunyai kelebaran 12.5 meter dan diharapkan akan dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di kawasan terbabit. – myMetro Online 

Tags: jambatanTangkak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunggul Kayu Hentam Jambatan Padang Tengku, JKR Sahkan Struktur Selamat Dilalui

Tunggul Kayu Hentam Jambatan Padang Tengku, JKR Sahkan Struktur Selamat Dilalui

10/01/2026
0

LIPIS: Jabatan Kerja Raya (JKR) Lipis mengesahkan Jambatan Padang Tengku di Seksyen 112.20, Jalan Lipis–Gua Musang (FT008) selamat dan boleh...

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

04/01/2026
0

TANGKAK: Dua wanita disahkan maut dalam satu kemalangan jalan raya tragis melibatkan dua buah kenderaan di KM 33, Jalan Kebun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd