• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thaipusam Jadi Cuti Umum Jika BN Menang 2 Per 3

oleh AK-47
08/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Sambutan Hari Thaipusam akan dijadikan cuti umum sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal mentadbir Kedah dengan kemenangan dua per tiga pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Rabu ini.

Pengerusi BN Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata sebelum ini, kerajaan negeri memberikan cuti peristiwa bagi sambutan Thaipusam di Kedah.

“…hari ini, saya berjanji kepada kaum India di Kedah jika sasaran (kemenangan dua per tiga) dapat dicapai, kita akan buat pindaan supaya Thaipusam diisytihar sebagai cuti umum,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perjumpaan Dengan Masyarakat India di Taman Bandar Baru Sungai Lalang di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kempen PRU14 yang berbaki kurang 48 jam lagi, Ahmad Bashah berkata gerakan jentera BN Kedah kini digandakan sehinggalah tempoh berkempen tamat pada 12 tengah malam esok.

“Saya sendiri terpaksa meninggalkan sementara kawasan saya demi bertemu pengundi-pengundi di seluruh negeri, meminta agar rakyat bijak membuat keputusan dan tidak membuat kesilapan dengan memilih parti lain yang hanya muncul lima tahun sekali.

“Esok merupakan hari terakhir kempen, dan kita akan banyak tertumpu di PDM (Pusat Daerah Mengundi) serta pondok panas.Pada hari pengundian, sasaran kita adalah proses undian membabitkan pengundi ‘putih’,” katanya.

Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah berkata, hasil kajian dan laporan yang diperolehnya menunjukkan sokongan rakyat terhadap BN membolehkan ia menubuhkan kerajaan negeri pada malam Rabu itu.

“Di kawasan DUN (Dewan Undangan Negeri) Bukit Selambau misalnya, walaupun pernah kalah dua penggal tetapi kali ini, saya yakin ada perubahan akan berlaku,” katanya.

BN mencalonkan Pengerusi MIC Kedah Datuk Jaspal Singh untuk bertanding kerusi DUN itu dengan menentang Dr Summugam Rengasamy dari PKR dan Mohd Ali Sulaiman dari PAS. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Bashah Md HanipahThaipusam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemimpin Hindu Mahu 3 Tuntutan Selepas PRU14

Next Post

SPR Meminta Ejen Calon Buat Laporan Adil

Related Posts

Pengasuh Didenda RM10,000 Tampar, Ketuk Dahi Bayi 11 Bulan

MBPP Tarik Balik Notis Larangan Jual Arak Sempena Thaipusam

24/01/2024
0

GEORGETOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diarahkan menarik balik larangan penjualan minuman beralkohol selama tiga hari sempena perayaan Thaipusam. IKUTI...

Thaipusam: Geng Kongsi Gelap Peras Ugut Peniaga

Thaipusam: Geng Kongsi Gelap Peras Ugut Peniaga

05/02/2023
0

GEORGETOWN - Dua lelaki dipercayai geng kongsi gelap ditahan selepas memeras ugut seorang peniaga di tapak gerai perayaan Thaipusam di...

Next Post

SPR Meminta Ejen Calon Buat Laporan Adil

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd