• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Sasar Muncul Juara Sukma 2018

oleh Ahmad Albab
22/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Terengganu melaungkan keazaman untuk muncul juara Sukan Malaysia (Sukma) 2018 yang akan berlangsung di Ipoh, Perak, dari 14 hingga 22 September depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah yakin sasaran itu mampu dicapai berdasarkan prestasi cemerlang kontinjen Terengganu pada edisi Sukma sebelum ini, serta semangat dan iltizam yang ada pada atlet serta komitmen Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT).

“Saya dan timbalan, Hishamuddin (Abdul Karim) sudah melawat MSNT pada Ahad lalu dan berjumpa dengan Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu bagi menyatakan sokongan serta memohon MSNT meneruskan usaha memartabatkan sukan di Terengganu.

“MSNT diuruskan secara profesional dan tidak ​pelik jika Terengganu menjadi juara Sukma 2018 meskipun hanya menduduki tempat ketiga pada Sukma 2016 di Sarawak.

“InsyaAllah ini dapat dilakukan…kita lihat (dari segi prestasi atlet) banyak acara yang mampu menyumbang pingat emas, perak dan gangsa kepada kontinjen Terengganu di temasya itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemuramah Harap TV yang disiarkan menerusi Facebook hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam itu juga memuji semangat kesukanan dan komitmen atlet negeri itu yang giat menjalani latihan rapi menghadapi temasya sukan berkenaan walaupun dalam keadaan berpuasa di bulan Ramadan ini.

“Mereka teruskan latihan sehingga tengah malam selepas selesai berbuka, dan solat tarawih. Ini komitmen tinggi dan keazaman atlet untuk menjadi juara Sukma tahun ini,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan bola sepak Liga Super yang tetap diteruskan pada bulan Ramadan ini, beliau berkata perlawanan itu akan diadakan pada 10 malam dan tidak mengganggu waktu berbuka dan beribadat umat Islam.

Perlawanan bola sepak Liga Super antara Terengganu Football Club 1 (TFC 1) bertemu Perak akan diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, malam esok. – BERNAMA

Tags: SUKMA 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Kekal Rekod Bersih Ujian Doping Sukma Perak

03/10/2018
0

JOHOR BAHRU - Johor mengekalkan rekod bersih apabila kesemua atlet yang mewakili negeri pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 di Perak,...

Perak Lakar Kejuaraan Hatrik Bola Sepak SUKMA

19/09/2018
0

IPOH - Perak melakar kejuaraan hatrik acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) selepas mengalahkan Kedah 2-1 pada perlawanan akhir temasya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd