• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempoh Kontrak Irwan Serigar Dipendekkan

oleh Ahmad Albab
14/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan kontrak perkhidmatan Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan dipendekkan kepada 14 Jun tahun ini (2018), kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Menurut Ali dalam satu kenyataan hari ini, Mohd Irwan Serigar dilantik secara kontrak sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan mulai 7 Mac tahun lepas (2017) hingga 6 Mac 2019.

“Mulai 14 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018, pegawai (Mohd Irwan Serigar) ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam dan tidak dibenarkan menjalankan tugas sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan atau apa-apa yang berkaitan dengan Kementerian Kewangan,” kata Ali.

Ketika Bernama cuba mendapatkan reaksinya pada tengah hari di perkarangan Perbendaharaan, Presint 2, di sini hari ini berikutan desas-desus berhubung isu perjawatannya, beliau bagaimanapun tidak memberi sebarang reaksi.

Kebiasaannya Mohd Irwan Serigar adalah seorang yang mudah didekati media.

Mohd Irwan Serigar memasuki bangunan Perbedaharaan kira-kira11.45 pagi selepas menghadiri mesyuarat khas yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam mengenai pelaksanaan 10 janji 100 hari kerajaan di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Presint 8.

Pada kira-kira 1 tengah hari beliau meninggalkan bangunan Kementerian Kewangan itu dengan mengepit sebuah fail lalu beredar dengan keretanya tanpa bercakap kepada Bernama. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Dr Ali HamsaTan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Respon TMJ Terhadap Slogan ‘Pakatan Johor’

Next Post

Pembebasan Anwar Ibrahim Tertangguh Lagi

Related Posts

Permohonan Najib, Irwan Pindah Kes 7 Disember

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 7 Dis untuk mendengar permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun...

Isu Di Sebalik Pemindahan 22 Pegawai Tinggi Kerajaan Ke Intan

24/09/2018
0

PETALING JAYA - Keputusan untuk menempatkan 22 orang pegawai tinggi persekutuan daripada pelbagai peringkat ke Institut Tadbiran Awam Negara (Intan)...

Next Post

Pembebasan Anwar Ibrahim Tertangguh Lagi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd