• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tajuddin Pertahan Wan Norashikin Calon Kg. Gajah

oleh AK-47
08/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR SALAK – Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mempertahankan keputusannya meletakkan Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampong Gajah.

“Ada pakar strategi yang mempersoalkan keputusan saya meletakkan beliau, tetapi saya tegas dengan keputusan saya berdasarkan gerak kerjanya di Pasir Salak,” katanya.

Wan Norashikin, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak bakal berdepan pertandingan tiga penjuru dengan calon PKR, Zaiton Latiff dan Mustafa Shaari dari PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Tajuddin, anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata, pandangan bahawa wanita tidak layak menjadi pemimpin adalah dangkal dan ketinggalan zaman, sekali gus merendahkan martabat kaum hawa.

Beliau yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Salak pada PRU14, berucap merasmikan program ‘Visit My Kampung Pasir Salak’ di sini hari ini.

Program anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia itu bertujuan mempromosi lokasi tersebut sebagai salah satu destinasi pelancongan negeri. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat ‘Panas’ MP Pasir Salak ‘Tak Puas Hati”

01/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat petang ini ‘panas’ ketika Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin...

Mahkamah Cadang Kes Saman Tajuddin Diselesai Secara Baik

12/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini mencadangkan supaya kes saman fitnah difailkan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd