• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Syafiq Kyle’ Mohon Maaf, Rayu Padam Video?

oleh Haris
29/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KONTROVERSI video lucah yang didakwa membabitkan Syafiq Kyle menjadi semakin hangat apabila seorang individu tampil mengakui bertanggungjawab menyebarkan klip video kononnya milik pelakon itu.

Individu tersebut, yang menggunakan nama akaun Faizi Khairudin di Instagram itu dipercayai menyebarkan video berkenaan dengan niat membalas dendam kepada pelakon drama Nur tersebut.

Semalam, individu berkenaan memuat naik beberapa paparan skrin yang menunjukkan aktor berusia 26 tahun itu menghantar mesej peribadi kepadanya meminta Faizi memadam segala video yang telah dimuat naik.

Screenshot yang disebarkan Faizi.

Dalam perbualan tersebut, Syafiq turut meminta maaf dan meminta individu terbabit membalas mesej-mesej yang telah dihantar sebelum ini.

Perbualan itu juga seolah-olah menunjukkan bahawa Syafiq mempunyai perhubungan rapat dengan individu bernama Faizi itu sebelum ini.

“Aku tahu ini awkward (janggal), aku tahu apa aku dah buat. Dengan rasa rendah diri aku merayu dekat kau delete semua video-video tu,” antara mesej yang dihantar.

Bagaimanapun orang ramai yang melihat paparan skrin itu yang mendakwa mesej perbualan itu palsu dan sengaja direka untuk memburukkan lagi keadaan.

Tidak lama kemudian, gambar paparan skrin itu dihapuskan apabila akaun tersebut menerima kecaman bertubi-tubi dari netizen yang menganggap perbuatan itu hanya dilakukan bagi menjatuhkan Syafiq.

Akaun Instagram Faizi Khairudin.

Selain itu, mesej yang kononnya dihantar dari akaun Instagram Syafiq iaitu SyafiqKylez itu juga dipercayai bukan ditulis oleh pelakon itu sendiri dan telah disunting dengan sengaja.

Menurut laporan Media Hiburan, perbezaan warna dan font tulisan yang dibandingkan antara paparan mesej tersebut dengan yang font asli di Instagram jauh berbeza.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan punca lelaki berkenaan bertindak sedemikian sehingga sanggup menyebarkan paparan skrin yang dipercayai palsu itu.

Sejak lewat malam Ahad lalu, tular beberapa klip video yang dikatakan memaparkan seorang lelaki mirip Syafiq melakukan aksi tidak senonoh melalui panggilan video bersama seseorang individu yang dikenali sebagai Mira.

Baca: Video Lucah ‘Syafiq Kyle’ Untuk Dijual?

Menerusi salah satu video yang tersebar luas, lelaki mirip Syafiq itu sedang berbual mengenai perkara-perkara tidak senonoh dan mengajak individu itu melakukan hubungan seks sekiranya mereka berjumpa.

Sejurus klip pendek itu tersebar, ia mula menjadi perbualan hangat netizen sehingga ada yang mengambil kesempatan untuk menjual versi penuh video berkenaan berdurasi tujuh minit dengan harga RM20.

Sehingga kini, pelakon yang mula popular melalui drama Mencintaimu Mr. Photographer itu masih mengambil pendekatan berdiam diri sekaligus menyebabkan kontroversi ini berlanjutan.

Rata-rata peminat Syafiq juga masih menantikan jawapan atau sebarang kenyataan dari pelakon itu mahupun pihak pengurusannya namun tidak kurang juga mereka yang memberikan sokongan moral kepadanya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Syafiq Kylevideo viral
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peguam Mesir Saman Sergio Ramos RM4.6 Bilion

Next Post

Gaji Rendah Punca Rakyat Malaysia Memilih Kerja

Related Posts

Video Seks Mirip Pelakon Lelaki Tular

26/02/2020
0

SATU video seks yang dikatakan mirip dengan seorang pelakon lelaki tular di media sosial sejak beberapa hari lalu. Malah, gambar...

Insiden Doktor Tinggi Suara Kepada Pesakit Selesai

19/02/2020
0

SEREMBAN - Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) memandang serius isu membabitkan insiden seorang doktor perubatan yang meninggikan suara terhadap...

Next Post

Gaji Rendah Punca Rakyat Malaysia Memilih Kerja

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd