• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sudah Tiba Masanya UMNO, PAS Bergabung

oleh Haris
31/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UMNO dan PAS perlu bergabung dan membentuk kerjasama yang dapat memberikan cabaran kepada Pakatan Harapan (PH) dan dalam masa sama menjaga kepentingan orang Melayu.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, biarpun dua parti tersebut mempunyai kaedah politik yang berbeza, mereka mempunyai persamaan dalam memperjuangkan hak Melayu dan orang Islam.

Tajuddin berkata, gabungan itu diyakini mampu memberi cabaran besar kepada kerajaan PH serta penyokong fanatik mereka yang semakin lantang menyuarakan desakan yang menghina kaum dan agama.

“Isu dan tuntutan yang dibuat dalam tempoh satu dua minggu ini agak mengancam survival umat Islam, ini bahaya kepada kita.

“Saya fikir orang Pas pun dah sedar sekarang ni, akar umbi juga sedia untuk kerjasama, ada ruang-ruang yang boleh dilakukan tanpa perlu tunggu jangka waktu yang lama.

“Jika terus nak tunjuk kehebatan masing-masing, kita tak akan berupaya hadapi tentangan lawan,” katanya dipetik Sinar Online.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa UMNO Bahagian Pasir Salak, malam tadi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, dua parti itu sebenarnya mampu menjadi gabungan kuat melihat kepada kemenangan kerusi PAS dan UMNO di peringkat Negeri dan juga Pusat.

“Cara UMNO kini kena berubah, harus lebih pintar dalam menggunakan kaedah baru, satu daripadanya mencari rakan seperjuangan.

“Sebagai pembangkang pun, jika Umno dan PAS bergabung satu semangat, satu hati pasti akan dapat beri saingan kepada kerajaan Pakatan Harapan,” jelasnya.

Tambahnya, sekiranya kedua-dua parti itu masih mahu menunjukkan kehebatan masing-masing, mereka tidak akan berupaya menghadapi tentangan daripada pihak lawan.

Sehubungan itu, Tajuddin berkata sudah sudah tiba masanya untuk UMNO berubah strategi politiknya dengan mencari rakan yang selari perjuangannya dalam membentuk kerjasama itu tanpa perlu bergabung.

“Saya rasa orang UMNO hari ini, rata-rata di peringkat akar umbi bersedia untuk bekerjasama dengan PAS. Saya rasa, saya boleh katakan begitu.

“Orang PAS tidak perlu masuk UMNO dan orang UMNO pun tidak perlu masuk PAS,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Datuk Seri Tajuddin Abdul RahmanPASUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd