• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokongan Agensi Kerajaan Lonjak Usahawan Wanita

oleh Ahmad Albab
01/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Bergelar usahawan berjaya bukan satu gelaran yang mudah untuk dimiliki apatah lagi bidang perniagaan yang dipenuhi pelbagai cabaran termasuk aspek kewangan.

Namun pengusaha produk pelbagai jenis kacang, Mas Ayu Rosle, 40, merasakan cukup bertuah kerana mendapat pelbagai bantuan kewangan daripada banyak agensi kerajaan sejak memulakan perniagaan pada 2009.

Menurutnya, pendapatan suami yang tidak seberapa ketika itu mendorong beliau memulakan jualan kacang sira secara kecil-kecilan di rumah dan dihantar ke warung-warung berdekatan.

“Bermula dari situ permintaan bertambah dari semasa ke semasa dan saya berdepan masalah penawaran kerana mengusahakan produk secara manual,” katanya kepada Bernama.

Mas Ayu berkata beliau kemudian mula mencari peluang yang boleh dimanfaatkan untuk memajukan perniagaan dan penyertaannya sebagai usahawan kecil melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menjadi titik perubahan kejayaannya.

“Saya berjaya mendapatkan mesin pembungkusan yang menjimatkan masa untuk menyiapkan produk. Seterusnya saya mendapat pelbagai bantuan lain bagi pembelian pelbagai mesin memproses kacang,” katanya.

Menurutnya, antara agensi yang membantu ialah Jabatan Pertanian, Agro Bank, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) serta Perbadanan Perusahaan Kecil, Sederhana Malaysia (SME) Corp Malaysia dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.

Selepas 12 tahun menjalankan perniagaan, Mas Ayu kini mempunyai 11 pekerja dengan 12 jenis pilihan kacang yang diedar kepada 8,000 kedai di seluruh Kelantan dan Terengganu.

“Saya memang benar-benar berterima kasih atas semua sokongan dan bantuan daripada pelbagai agensi yang sentiasa membantu. Mereka telah melicinkan perjalanan perniagaan saya,” katanya.

Beliau kini dalam usaha menyiapkan sebuah kilang di Bachok bagi mengembangkan produk ke pasaran antarabangsa.

Seorang lagi usahawan wanita, Asmahan Humaidi, 42, berkata perniagaan produk kesihatan, kecantikan dan spa yang diceburinya mendapat banyak pertolongan daripada SME Corp dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang memberi latihan dan bimbingan.

“Saya memulakan perniagaan spa dengan modal RM1,000 beroperasi dari rumah di Maran, Pahang dahulu. Apabila saya berpindah ke Kelantan pada 2007, saya kembangkan lagi perniagaan dengan membuka kedai pengantin dan spa di Pulai Chondong,” katanya.

Beliau berkata pada 2012, Mara meluluskan pinjaman RM200,000 untuk digunakan bagi melancarkan produk jus berasaskan sarang burung.

“Saya juga memenangi RM2 juta dalam pertandingan Rural Business Challenge (RBC) pada 2013 yang dianjurkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan menggunakan wang itu bagi membuka kilang untuk memproses produk serta menambahkan lagi pengeluaran produk,” katanya.

Syarikat beliau kini mengeluarkan 12 jenis produk kecantikan dan jus serta kopi berasaskan sarang burung.

“Produk sabun sarang burung mula mendapat perhatian dan memasuki pasaran China serta tahun ini saya telah menerima tempahan satu kontena dengan kuantiti 80,000 ketul sabun tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Dr Mohd Rafi Yaacob berkata sokongan pelbagai agensi kerajaan dalam menyediakan pelbagai kursus dan peruntukan merancakkan aktiviti perniagaan dalam kalangan usahawan wanita di Kelantan.

Katanya, beberapa kajian yang dilakukan mendapati ramai usahawan wanita Kelantan mendapatkan pinjaman menerusi Amanah Iktiar Malaysia (AIM) bagi memulakan perniagaan.

Beliau berkata konsep pinjaman dan bimbingan yang disediakan oleh pelbagai agensi mendorong wanita Kelantan yang terkenal dengan budaya berniaga untuk terus berjaya sekali gus membantu menjana pendapatan keluarga dan sosioekonomi Kelantan. – BERNAMA

Tags: Agensi Kerajaanusahawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Dijangka Berdepan Cuaca Ekstrem, Agensi K’jaan Siap Siaga – TPM

Negara Dijangka Berdepan Cuaca Ekstrem, Agensi K’jaan Siap Siaga – TPM

14/05/2024
0

Negara dijangka berdepan pelbagai impak negatif meliputi kesan kesihatan, kekurangan bekalan air, kebakaran hutan atau belukar, jerebu serta kekurangan hasil...

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

06/07/2022
0

PASIR GUDANG: Majlis Amanah Rakyat (Mara) meluluskan kira-kira RM200 juta peruntukan pembiayaian perniagaan kepada golongan usahawan di seluruh negara setakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd