• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sisa Pepejal Ketika Ramadan Meningkat 25% Di Perlis

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Pembuangan sisa pepejal di Perlis meningkat 20 hingga 25 peratus atau 180 tan sehari sejak umat Islam mula berpuasa pada 17 Mei lepas, berbanding purata bagi hari biasa sebelum itu sebanyak 145 tan sahaja.

Pengurus Operasi (Kedah dan Perlis) E-Idaman Sdn Bhd (E-Idaman) Ahmad Sharafi Mohd Saad berkata peningkatan buangan sisa pepejal itu berikutan pembukaaan bazar Ramadan di seluruh negeri.

“Jumlah pembuangan sisa pepejal dijangka meningkat menjelang umat Islam menyambut Syawal,” katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 50 anak yatim dan miskin daripada Yayasan Saad dan Pusat Jagaan Hembusan Kasih pada majlis berbuka puasa di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Terdahulu, kanak-kanak tersebut dibawa ke sebuah pasar raya untuk membeli pakaian bagi menyambut Hari Raya sebagai sebahagian tanggungjawab sosoal korporat E-Idaman.

Beliau berkata E-Idaman akan membuat kutipan seperti biasa dengan melanjutkan masa kutipan hingga tengah malam bagi memastikan tahap kebersihan ketika musim perayaan berada pada tahap baik.

Ahmad Sharafi berkata untuk tujuan itu, pihaknya akan menggunakan 12 unit kompaktor, sembilan unit Armroll, sebuah jengkaut dan lori sisa reba dengan khidmat 74 pekerja.

“Saya ingin menasihatkan masyarakat supaya mengelak pembaziran makanan ketika Ramadan. Hargailah makanan selain dapat mengurangkan jumlah pembuangan sisa yang tidak sepatutnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: PerlisSisa Pepejal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

22/09/2026
0

KANGAR, PERLIS — The Five-Nation Stamp Exhibition Perlis, Malaysia 2026 will be held from 25th to 27th September 2026 at...

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd