• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahu Peguam Negara, Bekas KPN, SPRM Disiasat

oleh AK-47
11/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEGUAM Negara, Tan Sri Apandi Ali dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kemungkinan akan disiasat berikutan pembabitan dalam kes syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pada masa ini nampaknya Peguam Negara memperlekehkan peranannya dan seakan menyembunyi perkara sebenar.

Katanya, tindakan akan di ambil berdasarkan undang-undang negara atas nasihat peguam serta pentadbiran negara.

“Kita akan siasat mana-mana pihak yang kita tahu terbabit dengan jenayah rasuah ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Presiden Pakatan Harapan (PH) di Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri menegaskan kerajaan akan fokus memerangi rasuah dan mengawalnya pada tahap paling minimum.

Katanya, mungkin sukar menghapuskan rasuah buat masa ini, namun ketika pilihan raya ada sokongan yang dibeli dan wujud persempadanan semula kawasan pilihan raya.

“Semua perkara itu semakin teruk jika tidak dibanteras. Malah, tidak mustahil PH boleh menang dengan majoriti dua pertiga jika semua itu tidak berlaku,” katanya.

Dr Mahathir tidak menolak kemungkinan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diteliti semula fungsi dan peranan dalam membanteras rasuah.

“Jika kita lihat wujud prejudis atau berat sebelah mungkin akan berlaku perubahan besar, termasuk pengurusan tertinggi suruhanjaya itu,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang kempen pilihan raya, SPRM nampaknya seperti tidak menghiraukan fakta berlakunya rasuah.

“Kita boleh lihat banyak gambar yang membuktikan rasuah berlaku. Malah dua hari lalu kita lihat tiada ceramah dibuat hanya wang diberikan kepada penyokong.

“Kita akan siasat perkara ini kerana kita mahu pastikan undang-undang negara dipatuhi bukannya hendak membalas dendam,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohamad Hashim Abdullah boleh disiasat jika ada unsur salah guna kuasa dan rasuah.

Sementara itu, ditanya mengenai kedudukan ringgit yang jatuh berikutan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri, belia berkata, buat masa ini negara berada dalam kedudukan tidak menentu kerana Kabinet belum dibentuk lagi.

Katanya, Malaysia akan mengekalkan hubungan baik dengan semua negara dan tidak tertumpu pada satu negara atau kuasa besar saja.

“Ini demi kelangsungan produk Malaysia supaya dapat memasuki pasaran antarabangsa.

“Kita sedar bahawa ada kemungkinan kuasa besar membuat sekatan terhadap dasar perdagangan negara. Namun kita akan bersikap adil tanpa mengira fahaman sama ada negara itu komunis atau bukan,” katanya. – Harian Metro

Tags: KPNPeguam Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd