• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Si Cilik Bersemangat Pelajari Muay Thai

oleh AK-47
13/05/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP kali malam kecuali Jumaat, kira-kira 70 kanak-kanak dan remaja berkumpul di gelanggang Kampung Pulau Raja di Tumpat, Kelantan untuk mempelajari Muay Thai.

Majoriti peserta adalah di bangku sekolah rendah yang mana paling cilik berusia lapan tahun dan masing-masing kelihatan bersemangat mendalami seni mempertahankan diri itu.

Bermula pukul 8.30 malam, peserta yang rata-rata dari beberapa kampung sekitar kawasan ini mula memenuhi gelanggang yang mula aktif sejak September lalu di bawah seliaan Kelab Wira D’raja Muay Thai.

Kelab yang bergerak sendiri itu adalah inisiatif penduduk kampung bertujuan menggalakkan kanak-kanak dan remaja di kampung itu menyertai sukan yang bermanfaat serta mengelakkan diri daripada gejala tidak bermoral.

Secara peribadinya, gelanggang itu sudah lama diwujudkan di kampung berkenaan iaitu sejak 1990-an, namun tidak begitu aktif dan hanya sempat mengadakan acara ‘berlimau’ selama dua kali.

Atas inisiatif Shaari Mohd Noor, 53, iaitu antara individu pertama yang mengusulkan supaya gelanggang itu dimeriahkan kembali, pengambilan mula dibuat sejak tahun lalu yang terdiri daripada penduduk kampung itu sendiri.

“Sejak September tahun lalu sudah dua kali pengambilan dibuka menjadikan jumlah keseluruhan 70 peserta yang berumur lapan hingga 23 tahun menyertai kelab ini.

“Peserta dilatih oleh jurulatih Azmi Deraman, 48, yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam sukan ini. Walaupun berada di bawah nama kelab, kami tidak mengenakan bayaran dan jika ada yang ingin memberi, kami menganggap ia sedekah dan memanfaatkannya untuk makan minum peserta sepanjang latihan berlangsung,” katanya di sini.

Sementara itu, Azmi yang pernah menjuarai lebih 20 kali pertandingan berkata, dalam tempoh tidak sampai sebulan kebanyakan peserta sudah mahir semua teknik yang diajar sama ada asas atau untuk perlawanan.

“Bagi peserta remaja dan dewasa, fokus kami adalah perlawanan. Memandangkan gelanggang ini baharu dibuka enam bulan, pencapaian terbaik (menang perlawanan) belum lagi dicapai, malah kami berusaha ke arah itu.

“Bagi peserta kanak-kanak pula mereka didedahkan dengan persembahan di kenduri kahwin dan majlis rasmi,” katanya.

Bagi peserta, Muhamad Syazwan Abdul Aziz, 17, sukan Muay Thai sudah dipraktikkannya sejak berusia 11 tahun, namun tidak secara serius sebaliknya hanya untuk mendedahkan diri dengan seni pertahanan diri sahaja.

“Sejak tiga tahun kebelakangan ini saya mula bergiat aktif dan pernah menyertai perlawanan tahun lalu sebagai permulaan pendedahan kepada perlawanan,” katanya.

Inisiatif Kelab Wira D’raja Muay Thai itu mendapat perhatian daripada Majlis Belia dan Sukan Kelantan yang turut memberikan sokongan penuh terutama dalam melatih peserta cilik yang mungkin suatu hari nanti mewarnai arena sukan Muay Thai. – myMetro Online

Tags: kanak-kanakTomoi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Selamba Berjemur Atas Jalan Kerana Kesesakan

Next Post

Majlis Tertinggi Presiden PH Bincang Bentuk Kabinet

Related Posts

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

23/06/2025
0

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai didera oleh bapa tiri di sebuah rumah di Kota Laksamana,...

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

28/05/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia di belakang Sutera Mall, Jalan Sutera Danga, di sini pagi tadi. Menurut...

Next Post

Majlis Tertinggi Presiden PH Bincang Bentuk Kabinet

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd