• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shafie Apdal Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah

oleh Ahmad Albab
13/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal malam ini mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah ke-15 di Istana Negeri di sini.

Ini sekali gus menggantikan kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) pimpinan Tan Sri Musa Aman dalam tempoh 48 jam selepas hilang majoriti mudah.

Mohd Shafie dilantik Ketua Menteri selepas parti pimpinannya bersama PKR dan DAP memperoleh majoriti mudah iaitu 35 kerusi daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila enam Anggota DUN dari BN iaitu empat dari UMNO dan dua dari UPKO berpaling tadah kepada parti Warisan.

Mohd Shafie, 61, mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin pada jam 9.11 malam dan menandatangani watikah pelantikan dengan disaksikan oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.

Pada malam 10 Mei lepas, Musa, yang juga Ketua Perhubungan UMNO Sabah dan Pengerusi BN Negeri, telah mengangkat sumpah sebagai ketua menteri bersama Presiden Star, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan sebagai timbalan ketua menteri, selain dua lagi timbalan ketua menteri dan tujuh menteri penuh.

Bagaimanapun, pada petang tadi, Musa menafikan beliau meletak jawatan malah mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri yang pertama di Pejabat Pentadbiran Kerajaan Negeri di sini, tengah hari tadi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu lalu, Warisan memperoleh 21 kerusi DUN, manakala rakan-rakan Warisan dari Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP memperolehi enam kerusi dan PKR dua kerusi.

Bagaimanapun, jumlah kerusi DUN yang diperolehi Warisan dan rakan politiknya dalam PH sebanyak 29 belum mencapai majoriti mudah untuk membolehkan parti itu membentuk kerajaan dan memerlukan kerusi tambahan lain.

Berikutan tindakan enam ADUN BN itu menyeberang ke parti Warisan, Warisan kini mempunyai kerusi mencukupi sebanyak 35 untuk membentuk kerajaan berasaskan majoriti mudah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warisan Mungkin Tanding Solo PRN Johor

16/02/2022
0

JOHOR BAHRU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal membayangkan parti itu mungkin bertanding solo dalam Pilihan...

Pantau Prestasi Kementerian Di Sabah

23/11/2018
0

KOTA KINABALU - Prestasi setiap kementerian di Sabah akan dipantau rapi bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat dapat terus dipertingkat, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd