• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasar 10 Peratus Pekerjaan Untuk Kaum India

oleh AK-47
28/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan Perak pimpinan Pakatan Harapan (PH) akan berbincang dengan Menteri Tenaga Manusia, M. Kulasegaran mengenai pelaksanaan manifesto peringkat nasional yang menyasarkan 10 peratus daripada bilangan pekerja baharu terdiri daripada komuniti India.

Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A. Sivanesan berkata janji itu perlu dilaksanakan untuk membantu kaum India khususnya golongan muda memperoleh pekerjaan.

“Sekiranya janji ini dilaksanakan, masalah pengangguran dapat diselesaikan…golongan belia perlu diberi ruang dan peluang pekerjaan tanpa mengira latar belakang kaum.

“Saya akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Manusia bagi membincangkan bagaimana janji ini dapat dilaksanakan untuk kebaikan kaum India,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Manifesto PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, menawarkan beberapa iltizam khusus untuk seluruh kaum India di negara ini, antaranya semua syarikat milik kerajaan (GLC), agensi kerajaan persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan diarahkan meletakkan sasaran tersebut.

Terdahulu, Sivanesan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungkai menerima aduan daripada seorang graduan M. Devedraa, 25, yang mendakwa permohonan pekerjaannya ditolak walaupun dia berkelayakan.

Graduan Jurutera Kimia, Universiti Teknologi Petronas (UTP) itu berkata beliau yang sudah dua tahun menganggur membuat permohonan pekerjaan kepada lebih 200 syarikat sama ada secara terus mahupun dalam talian.

“Antara sebab permohonan saya ditolak kerana saya tidak boleh berbahasa Mandarin. Selain itu, terdapat juga syarikat yang hanya mahukan pekerja daripada kaum-kaum tertentu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kaum Indiarakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

90% Rakyat Malaysia Hanya Guna 100 Liter Petrol Sebulan

90% Rakyat Malaysia Hanya Guna 100 Liter Petrol Sebulan

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Data menunjukkan hampir 90 peratus rakyat Malaysia hanya menggunakan secara purata 100 liter petrol sebulan. Ia bermakna...

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd