• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gambar Palsu Beg Rosmah, Sarawak Report Dikecam

oleh AK-47
14/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORTAL berita kontroversi, Sarawak Report (SR) terus melontar fitnah apabila menyiarkan gambar beberapa barangan peribadi yang kononnya milik kepada isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menerusi perkongsian terbaharu di laman Facebook portal berita berkenaan, SR mendakwa sejumlah beg tangan milik Rosmah yang terdiri daripada jenama Birkin dilihat sedang disusun bersama beberapa buah jenama lain.

“Gambar yang masih tidak dipastikan tetapi disyaki sebagai milik Rosmah. Sudah tentu beg-beg ini pernah dirakam ketika bekas Wanita Pertama Malaysia (FLOM) menyarungnya di lengan.

“Kesemua barang-barang ini dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya RM20 juta?” tulis portal berita itu pada Ahad.

Namun demikian, fitnah yang cuba disampaikan oleh portal berita tidak bertanggungjawab ini akhirnya memakan diri apabila ia menimbulkan kecaman netizen kerana dipercayai menggunakan gambar palsu.

Difahamkan gambar asal beg-beg tangan berjenama ini telah diambil melalui sebuah laman Instagram jual beli dalam talian yang dikenali sebagai shopfirstluxury.

Can you spot your love at first sight 😍? Follow us on instagram for updated listings

A post shared by First Luxury (@shopfirstluxury) on May 3, 2018 at 11:56pm PDT

Sehingga berita ini ditulis, portal berkenaan nampaknya dilihat masih lagi tidak memadam posting gambar berkenaan biarpun menerima pelbagai kecaman dari pihak netizen.

Malah ada yang mempersoalkan kredibiliti portal berkenaan dalam menyampaikan perkara yang tidak sahih kepada orang ramai biarpun secara terang-terangan meggunakan gambar curi.

“Sila sahihkan dahulu berita sebelum berkongsikan sesuatu, bolehkan Sarawak Report? Ia adalah kewajipan pihak anda untuk mengesahkan sesuatu perkara dengan betul kerana ia merupakan etika kewartawanan,” tulis Peter Peter.

“Korang, cuba lakukan pencarian imej di internet dan anda akan faham mengapa. Saya dah mula meragui kebenaran SR,” tulis Reno Quek.

“🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♂️ saya memang hendak menunggu berita yang dimaksudkan tetapi gambar ini tidak benar, sila pastikan anda sekurang-kurangnya mempunyai laporan yang boleh ‘diterima’ dan mempunyai standard integiriti yang cukup untuk membangkitkan isu,” tulis Che Engku Amin.

“Gambar ini boleh dijumpai di salah sebuah laman carousel,” kata pengguna Facebook yang menggunakan akaun nama Tim Chen.

Terdahulu, polis menafikan laporan beberapa portal berita yang mendakwa pasukan polis menyerbu sebuah kondominium mewah di  Pavillion Residence Kuala Lumpur pada petang semalam berhubung pemindahan barangan mewah dipercayai milik isteri bekas perdana menteri. – MYNEWSHUB.CC

Tags: beg tanganDatin Seri Rosmah Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

12/12/2025
0

LANGKAWI: Keputusan pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor...

‘DNAA Najib Satu Rahmat Daripada ALLAH’ – Rosmah

‘DNAA Najib Satu Rahmat Daripada ALLAH’ – Rosmah

21/06/2025
0

KUALA LUMPUR – “Keputusan DNAA semalam untuk suami saya adalah benar-benar satu rahmat daripada ALLAH, yang dimakbulkan melalui doa dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd