• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ronaldo Berlakon Animasi Jadi Kartun Adiwira

oleh AK-47
13/05/2018
dalam Artis, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo akan melakonkan watak superhero dalam siri animasi kanak-kanak terbaharu.

Striker Force 7 bakal menyaksikan Ronaldo mengetuai pasukan superhero yang dicipta Graphic India dalam pelbagai platform seperti komik, permainan video dan juga media lain.

Siri animasi itu turut dibandingkan dengan Space Jam, komedi animasi 1996 yang menampilkan bintang bola keranjang Michael Jordan, Bill Murray dan pelakon Looney Tunes.

“Dengan cara sama bola sepak menghubungkan budaya dan masyarakat di seluruh dunia, saya percaya watak-watak animasi dan adiwira boleh melakukan perkara sama.

“Oleh itu saya teruja untuk menyatukan keghairahan terhadap bola sepak dan watak adiwira menerusi projek ini dan berkongsi dengan peminat saya,” kata Ronaldo.

Ronaldo turut mengikut jejak langkah beberapa bintang ternama yang mencuba nasib dalam bidang produksi filem dan televisyen.

Bintang NBA dan NFL, Drew Brees, Tony Parker, Derrick Brooks dan Michael Finley turut memiliki syarikat produksi mereka, Argent Pictures yang terlibat menghasilkan filem American Made dan Hacksaw Ridge yang pernah mendapat anugerah Oscar.

Dalam pada itu, Ronaldo turut menghasilkan drama baharu untuk Facebook yang akan mengikuti pengembaraan sebuah pasukan bola sepak wanita di New York.

Drama tersebut boleh ditonton menerusi Facebook Watch, platform video on demand rangkaian sosial tersebut.

Rancangan terbaharu itu akan menyertai beberapa drama yang boleh didapati menerusi Facebook Watch seperti Humans of New York, Skam Austin dan Emmy-nominated Mind of a Chef. – mStar Online

Tags: ANIMASICristiano Ronaldo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

10/03/2023
0

LONDON: Cristiano Ronaldo sekali lagi menunjukkan keprihatinannya apabila menghantar pesawat khas penuh dengan muatan barangan penjagaan diri dan perubatan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd